Assalamualaikum...
Sudah beberapa hari bertungkus-lumus menyiapkan biskut untuk hidangan para tetamu di Aidiladha ini. Alhamdulilah, sudah siap 6 jenis. Antaranya samperit susu, biskut oat, nestum, tart nenas dan banyak lagi. Mungkin perlu ditambah 2 atau 3 jenis sahaja lagi.
Dalam sibuk-sibuk menyiapkan biskut tersebut, ibu mengatakan bahawa teringin untuk membuat kuih bakar kacang. Terkejut juga dibuatnya kerana saya menyangka ibu tak mahu buat kuih bakar kacang pada Aidilada ini. Sebelum ini tiap-tiap tahun ibu membuat kuih tersebut. Pada hari raya Aidilfitri tahun ini juga, ibu ada membuatnya.
Saya kasihan melihat ibu membuat kuih tersebut. Dari awal pagi hingga lewat petang. Almaklumlah, kalau nak buat, ibu lebih suka membuat sehingga 1 kg kacang hijau yang dibuang kulit. Kalau buat sikit alang-alang pula katanya. Walaupun ada orang yang membantu kuih ini lambat juga untuk disiapkan.
Kaedah penyediaanya ialah dari menggoreng kacang hijau, mengisar, mengadun, menerap pada acuan dan bakar. Kesemuanya memerlukan kesabaran yang tinggi. Inilah kuih kegemaran ibuku sejak dari dulu lagi. Lebih gemar membuat sendiri daripada membelinya. Jika anda mahu resipinya klik di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan