Apa akan
jadi kepada semua blogger terutamanya saya apabila tiada lagi blogspot di alam
maya ini?
Bukannya
apa cuma terlintas di fikiran saya. Bagaimanalah jika tiada blogspot. Apa yang
akan terjadi kepada saya…huhu..
Jika
tiada blogspot….
~ Saya
akan mencuba domain yang lain contohnya wordpress dan sebagainya. Bagi saya
blogspot adalah yang paling mudah, ringkas dan cepat untuk dipelajari. Free
pulak tu… Tambahan pula ianya mempunyai rekabentuk yang menarik. Jika tiada
blogspot, terpaksalah saya mempelajari domain yang lain.
Jika
tiada blogspot…
~ Saya
tidak tahu di mana saya ingin menulis melalui kaedah yang paling mudah dan
cepat. Orang lain dapat membaca hasil tulisan kita dan memberi komen. Oleh itu,
saya mesti akan tercari-cari di mana medium yang sesuai.
Jika
tiada blogspot…
~
Kuranglah ilmu yang dapat diterima dan dikongsi bersama. Info-info tidak dapat
di salurkan dengan mudah. Jika menggunakan medium laman sosial, bukan semua
orang mempunyai akaun tersebut. Tetapi blogspot, semua orang boleh baca tidak
kira usia dan di mana jua.
Jika
tiada blogspot…
~
Bagaimanalah saya boleh mendapatkan pendapatan tambahan? Walaupun sedikit ianya
dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan sehari-hari. Bersyukur sangat.
Kadang-kala, jeles juga bila orang dapat banyak pendapatan…hehe.. tetapi,
semuanya perlu usaha lebih jika ingin mendapatkan lebih pendapatan. Ilmu juga
perlu ada.
Jika
tiada blogspot…
~ Hidup
akan menjadi sunyi, tidak ceria kerana kadangkala apabila melihat dan menulis
blog membuatkan hati berasa gembira. Seperti syok sendiri pun ada..hehe.. Tak
kisah la, asalkan hati gembira. Nak tulis apa pun orang tak akan marah. Tetapi
haruslah mematuhi batas-batas tertentu. Hati dan perasaan orang lain juga harus
dijaga. Apa yang paling penting, agama harus diutamakan. Perkara yang ditegah
harus dielak kerana menulis juga boleh mendapat dosa jika tidak kena gayanya…
Jika
tiada blogspot…
~
Kuranglah rakan-rakan di alam maya. Tiada lagi istilah follow dan blogwalking..
Ikatan silaturrahim di alam maya juga sangat kurang.. Boleh saya katakan
penulis blogspot ini datangnya daripada orang yang cerdik pandai dan bekerjaya.
Contohnya guru, doktor dan sebagainya. Mereka boleh berkongsi ilmu dan membantu
blogger lain seperti saya yang kurang ilmu.
Sebenarnya
banyak lagi yang ingin ditulis dan terlintas difikiran tetapi tangan sudah
penat menaip. Bagaimana pula dengan anda?
Apa akan
jadi atau apa yang akan anda lakukan jika tiada lagi blogspot di alam maya ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan