Rabu, 12 Disember 2012

Cek Nuffnang yang Pertama...



Alhamdulillah, setelah 3 tahun saya memasuki dunia blogger ini, inilah kali pertama saya berjaya mendapatkan cek daripada nuffnang. Cek ini diperolehi setelah 2 bulan saya cash out. Walaupun jumlahnya tidak seberapa tetapi saya tetap bersyukur.

Memang amat sukar untuk mendapatkan jumlah pelawat yang tinggi masuk ke dalam blog kita. Pelbagai usaha perlu dilakukan. Ilmu pengetahuan juga amat penting. Apa yang penting, kita ikhlas dan seronok untuk terus menulis.

Bagi saya, menulis blog adalah tempat untuk saya menyampaikan sesuatu, berkongsi serta menghabiskan masa yang terluang. Di harap ada lagi rezeki saya untuk masa akan datang..Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan