Ahad, 22 Februari 2015

Kisah Ibu Kucing bersama Anaknya Bahagian 1

Assalamualaikum....

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dan cerita mengenai kisah kucing. Kucing, makhluk yang comel dan istimewa ciptaan Allah S.W.T. Adakah anda suka akan kucing? Bagi saya tidaklah terlalu suka dan tidaklah terlalu membenci. Sedang-sedang sahaja. Jom layan cerita ini. Saya hanya berkongsi cerita jika rasa bosan, cepat-cepat tinggalkan blog ini. Mungkin ceritanya agak panjang.

Di rumah saya terdapat dua ekor kucing betina yang bernama Tommy dan Dora. Ada juga dua ekor anak kucing iaitu anak Dora yang agak besar dan tidak menyusu lagi. Kedua-dua ekor kucing betina ini memang kerap beranak. 

Pada suatu hari, Tommy pun beranak dan melahirkan tiga ekor anak. Kucing kalau beranak kebiasaannya akan mencari tempat yang tersembunyi untuk menyembunyikan anaknya dari kucing jantan. Maka dia telah masuk ke rumah dan bersembunyi di belakang almari. 

kucing betina dan kucing jantan
Tommy dan kucing jantan. Tengah bercinta :)

kucing sedang tidur
Tommy sedang tidur. Begini kucing tidur??

Saya dan keluarga tidaklah terlalu kisah dan berkira apabila kucing masuk ke rumah. Faham akan situasi kucing tersebut. Tetapi, apa yang malang dan membuatkan kami marah apabila ibu kucing tersebut dengan senang-lenang membuang najis di dalam rumah. 

Tempat kegemarannya bukan di lantai tetapi di tempat yang gebu iaitu di atas tilam, karpet dan juga kusyen. Bayangkan setiap hari ada saja najis yang bersepah. Tidak kering lagi tilam yang dibasuh, ia berak di tempat lain pula. Siapa yang tidak marah? Dalam ruang solat pun ia ingin membuang.

Langkah sepantas kilat yang diambil ialah dengan membuang kucing tersebut bersama anaknya. Susah juga untuk menangkap Tommy. Kaedah yang digunakan untuk menangkap ialah dengan memasukkan anak-anaknya yang masih kecil di dalam kereta. 

Kemudian kami mengumpan ibunya masuk ke dalam kereta. Ibu kucing pun sayangkan anak. Hairan, ibu manusia senang-senang je buang anak. Ibu kucing apabila melihat anaknya telah diambil oleh manusia cepat-cepat masuk untuk mengambil anaknya. Jadi, apalagi kami tutup pintu dan terkurunglah ibu kucing itu. Maka bergeraklah ke destinasi untuk dibuang.

dua ekor anak kucing yang comel
Anak kucing yang besar sedikit Song Ji Hyo dan Kang Gary

Selain Tommy dan anak-anaknya, dua ekor anak kucing yang telah besar juga dibuang. Kenapa? Kedua-dua ekor kucing itu juga suka membuat masalah. Mereka pernah kencing di atas kusyen di hadapan mata saya sendiri. Alangkah terkejutnya. Sayang memang sayang terhadap mereka tetapi apakan daya sudah tidak sanggup membasuh dan terus membasuh.

Anda nak tahu tak? Rupa-rupanya ada seekor anak kucing tertinggal di rumah. Kami tidak perasan kerana di belakang almari sangat gelap. Jadi, seekor anak kucing tertinggal di rumah sedangkan ia masih kecil dan perlu menyusu.

Apa yang kami buat  dengan anak kucing tersebut? Ibunya sudah tiada. Siapa yang akan memberikan susu? Oh, alangkah sedihnya hati kami. Kami sekeluarga berasa amat kasihan. Cerita ini bersambung untuk entri seterusnya kerana penulis sendiri berasa bosan dengan ceritanya inikan pula pembaca. Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan