Gambar ini diambil pada 15 September 2026 jam 6.17 petang. Merah betul matahari, sakit mata bila melihatnya. Ambil gambar bahagian atas tinted kereta iaitu yang lebih gelap. Ini pun sudah cukup membuatkan matahari nampak merah dan terang. Kawan juga perasan akan keadaan itu. Tempatnya juga matahari nampak merah. Bergurau dengan adik, matahari sakit mata sebab jerebu :)
Sabtu, 19 September 2026
Buah Pokok Cactus
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Jalan-jalan ambil angin di depan rumah ternampak buah pokok cactus. Terus petik dan ambil gambar. Kemudian rasa sakit-sakit tangan. Duri yang ada di buah tersebut melekat pada tangan. Adoi boleh tahan sakitnya. Susah pula nak cabut sebab kurang nampak.
Hasil bedah siasat isinya sepertinya buah naga. Warna merah dan nampak sedap. Cuba rasa sedikit, tawar pula rasanya. Buang sahajalah takut juga nak makan.
Selasa, 15 September 2026
Tempah Nasi Dengan Kak Su
Assalamualaikum dan selamat pagi. Rasa tak bersemangat pula blog makin kurang disinggahi walaupun telah update entri terbaru. Nak blogwalking pun buntu sebab tak tahu blog mana yang ada entri terkini. Kena usaha lebih untuk blogwalking iaitu perlu cari blog yang hendak dikunjungi. Mesti banyak cerita yang telah ketinggalan. Harap blogspot kembali pulih seperti biasa.
Adik tempah dengan kak ipar 12 bungkus nasi pada hari Jumaat lepas. Adik belanja kawan sekerja makan. 2 bungkus tinggal di rumah untuk abah dan adik lelaki makan. Adik merupakan pelanggan pertama Kak Su untuk tempahan nasi. Sebelum ini hanya menjual kuih sahaja.
Ayam masak merah Banjar dan juga jelatah. Kak Su kata ayam kecil pula hari itu, jadi dia tambah ikan kering sebagai lauk tambahan. Alhamdulillah sedap sangat. Licin nasi cuma lauk ikan kering jer tak habis sebab risau makan banyak sangat. Tapi boleh habis jer kalau nak makan cuma risaukan kesihatan.
Langgan:
Catatan (Atom)







