Assalamualaikum dan selamat pagi. Esok akan berlangsung family day untuk keluarga sebelah ayah. Tempah kuih lepat liat sebagai potluck untuk dimakan bersama-sama. Hadiah pun sudah siap dibalut dengan cantik. Semoga majlis dan perjumpaan ini berjalan dengan lancar 🤗
Jumaat, 28 Ogos 2026
Selasa, 25 Ogos 2026
Tidur yang Tidak Nyenyak
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ini tak rasa mengantuk pula kerana terlebih tidur pada siang hari. Penangan makan ubat, tidur sampai Maghrib. Bangun hanya untuk makan dan solat. Selebihnya tidur yang tidak nyenyak. Kenapa tidak nynyak? Tidur dalam terpaksa, mata tak boleh buka dan kepala yang rasa sakit. Tapi fikiran masih di awangan memikirkan sesuatu.
Pergi juga klinik sebab sakit kepala dari petang Isnin lagi. Dapat lima jenis ubat iaitu ubat anti radang, gastrik, ubat tahan sakit, ubat regang otot dan ubat pening. Sejak akhir ini bawah mata suka bergerak-gerak. Memang sangat nampak bila lihat di cermin.
Aduhai sekarang ini tidak boleh tidur pula. Esok perlu melaksanakan kerja hakiki seperti biasa. Moga tak sakit kepala lagi dan badan rasa ringan dan cergas. Cukupllah MC dua hari untuk bulan ini. 29 Ogos perlu hadiri family day sebelah ayah. Bilik hotel telah ditempah. Nanti ada masa saya akan tunjukkan tentatifnya.
Khamis, 20 Ogos 2026
Segmen: Mencari Bloglist 2026 oleh Ejulz
Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini nak join segmen mencari bloglist 2026 oleh Ejulz. Syarat penyertaan senang sahaja boleh klik pada banner di bawah. Setiap peserta akan dimasukkan dalam senarai bloglist sepanjang tahun 2026. Jemput join semua agar dapat meramaikan kenalan di alam maya dan seterusnya menyokong antara satu sama lain :)
Langgan:
Catatan (Atom)




