Sabtu, 10 Oktober 2026

Menjual Minyak Masak Terpakai di Belakang Masjid Pekan Kuala Kurau

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah dapat juga menjual minyak masak terpakai. Pertama kali menjualnya. Sebelum ini hanya dibuang dan juga dibakar. Abah kata dua botol besar pernah bakar sebab tak tahu minyak masak lama ada nilai. Sekarang ini bolehlah kumpul sedikit demi sedikit.

Ini merupakan kali kedua ia datang ke Masjid Pekan Kuala Kurau yang saya tahu. Jadi tidak mahu lepaskan peluang pada kali ini.

Di sebelahnya ada jualan rahmah. Sempatlah beli bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Aneka buah-buahan juga ada dijual.

Proses timbang minyak masak. 1 kg minyak masak terpakai RM3.20. Harga yang ditawarkan agak tinggi juga.

Minyak masak  terpakai yang dikumpul selama ini. Sebenarnya banyak lagi tapi risau kurang elok. Tapis dulu keladak yang ada baru kelihatan cantik minyaknya. Dapat RM 72.00 semuanya. Kemudian terus pergi ke kedai ECO dan juga membeli lauk tengahari. Tamatlah sudah pendapatan yang diperolehi tadi. Sekian.

Selasa, 29 September 2026

Ole-ole Pokok Bromeliad

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Apa khabar? Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria selalu. Di bawah merupakan pokok terbaru di Sweet Garden. 

Pemberian kak ipar iaitu Kak Su. Terima kasih sangat. Teringat juga akan adik iparnya ini. Datangnya jauh dari negeri Pahang ke Perak Darul Ridzuan.

Ole-ole dari Pahanglah begitu. Kak Su bertandang ke rumah kakaknya di sana. Kakaknya memang buat jualan pokok Bromeliad ini.

Tanam gunakan sabut sahaja kerana pokok ini tidak boleh kena air yang banyak boleh cepat busuk akarnya. Kalau jual pokok ini RM 50 untuk tiga pokok. Alhamdulillah atas rezeki ini. Moga pokok Bromeliad ini hidup subur.

Isnin, 28 September 2026

Rezeki Dapat Pengat Pisang

Assalamualaikum dan selamat pagi. Cerita hari Jumaat lepas, beli maruku dapat juga pengat pisang. Buah pisang itu pemberian mak mentuanya.

Minta ChatGpt buang background, itulah hasilnya. Alhamdulillah atas rezeki ini. Rezeki yang tidak dijangka.

Minta maruku diletakkan di pondok guard dan ambil gambar. Tertanya juga apakah yang ada dalam plastik merah itu. Tak tunggu balik, terus ambil untuk lihat isinya. 

Jika terlalu sibuk, masa balik baru saya ambil di pondok guard. Makan terus maruku manakala pengat makan di rumah sahaja. Terima kasih kerana berkongsi rezeki.