Rabu, 22 April 2026

Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2026

 
Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini nak join segmen pencarian bloglist dari Aynorablogs. Tempoh segmen berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Disember 2026. 

Eyma pun tak pasti sama ada pernah masuk atau pertama kali ke blog Aynorablogs. Apa-apa pun salam kenal dari Eyma. Jom ramai-ramai kita support segmen ini dengan klik pada banner di atas.

Isnin, 20 April 2026

Masak Mee Kuah Simple

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ini tak pergi kerja, tak nak paksa diri untuk bekerja kerana kurang sihat. Sakit kepala dan badan dari hari Jumaat lagi. Kadang hilang kemudian datang balik sakitnya. Bila rasa kuat bolehlah masak-masak. Tak ambil sebarang ubat sebab itulah tak baik sakitnya.


Hari Ahad masak mee kuah simple, buat cair-cair sahaja. First time mencuba memasaknya. Sebelum ini letak ubi keledek dalam kuah tetapi kali ini nak resipi yang biasa-biasa sahaja. Tumis bawang merah dan putih yang dicincang hingga layu, masukkan cabai kering yang diblender. Masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam dan tunggu hingga ayam masak. 

Seterusnya masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusannya serta air biasa secukupnya untuk kuah. Letak sos cili, sos tiram dan kicap. Masukkan juga sayur, gula dan garam secukup rasa. Apabila mendidih masukkan telur. Tutup api dan taburkan daun sup. Puas hati dengan rasanya kerana yang beli di kedai tidaklah sedap sangat pun. Bila buat sendiri baru tahu susah atau senang nak buat. Bahan pun memang sudah ada di dapur.

Sabtu, 18 April 2026

Buah Tembikai Kuning Keempat dan Cili Hidup

Assalamualaikum dan selamat malam. Panas betul cuaca hari ini, nak berkebun pun panas mentari menusuk ke kulit. Tapi gagahkan juga kerana banyak pasu terbiar tidak digunakan.  Selepas berkebun, mengemas rumah pula dari luar rumah hingga ke dapur. Bahagian dapur kurang sempurna lagi kerana bila masak pasti selerak kembali.

Hasil buah tembikai kuning keempat. Pokoknya juga sudah mati. Cabai hidup sudah banyak hasilnya cuma tidak ambil gambar. 

Bolehlah buat makan untuk hobi seperti ' biskut chipsmore' ini. Sekejap rajin sekejap tidak. Apa-apa pun seronok bila mendapat hasilnya.