Ahad, 7 September 2025

Menu Pagi Nasi Goreng Ikan Bilis

Assalamualaikum dan selamat petang. Pagi tadi makan nasi goreng ikan bilis sahaja. Menu simple tapi mengenyangkan. 


Sekarang ini tengah mencari mood untuk membuat kerepek pisang berangan pula. Ada setandan pisang di dapur. Nak mulakannya amatlah sukar. Penyakit 'M' memanglah begitu. Kalau tak buat berlaku pembaziran pula. Kalau buat kerepek sekejap sahaja habis. Ayuh.. bersemangat !!

Sabtu, 6 September 2025

Segmen Gempak Melukis Dan Mewarna Poster Sempena Bulan Kebangsaan 2025 Blog Pesona Etuza

Assalamualaikum dan selamat petang. Baru cadang nak daftar penyertaan hari ini dengan menulis entri segmen di blog. Sabtu dan Ahad baru berkesempatan nak menulis yang agak berat. Hari bekerja menulis santai iaitu diari harian. Tetapi segmen gempak ini telah ditutup kerana tiada sambutan.

Simpan buat kenangan sahajalah. Menggunakan pensel warna lama ketika adik di bangku sekolah. Sekarang adik belajar di universiti. Warna pun kurang terang mungkin sudah terlalu lama. 

Poster yang sudah siap. Pelbagai cabaran juga nak disiapkan. Dinding kena conteng dengan pensel oleh anak saudara. Cepat betul tangannya sampai tak sedar bila ambil pensel tersebut. Nanti kalau berkesempatan nak scan poster ini. Simpan untuk kenangan...

Jumaat, 5 September 2025

Pemenang Kelapan Giveaway Mencari Saham Akhirat

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari Selasa 2 September 2025, hadiah giveaway yang ditunggu sudah sampai. Terima kasih kepada Puan Notie kerana sudi memberikan hadiah telekung Siti Khatijah yang cantik dan amat selesa ini.

Boleh klik di sini untuk lihat entri senarai pemenang di blog Saje Suka-Suka. Giveaway ini sangat mudah, jika melalui kaedah undian agak sukar untuk berjaya.

Telekung berwarna hijau, memang tidak ada lagi warna ini. Terima kasih sekali lagi buat Puan Notie. Semoga puan dimurahkan rezeki selalu dan hadiah ini menjadi saham akhirat untuk puan di sana nanti.