Jumaat, 8 Ogos 2025

Tumbuhlah dengan Jayanya

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hasil tangkapan pagi tadi. Nak simpan cerita di blog. Kalut dengan nak pergi kerja lagi. 

Pertama kali tanam pokok sawi. Moga tumbuh subur.


Tanam tiga bekas semuanya. Jika sudah besar boleh asingkan. Benih daun sup dan ketumbar masih belum tumbuh. Daun sup tanam lebih awal lagi. Harap tumbuhlah.

Pokok daun sup dari keratan batang yang dipotong. Mungkin hidup tak lama kerana masa tanam lupa nak tanam tinggi sedikit batangnya dari tanah. Risau terkena air yang banyak.

Inilah pokok yang paling besar sekali yang pernah ditanam sesuai dengan pasu yang besar. Sebelum ini tumbuh kecil sahaja susah nak besar begini. Alhamdulillah...

Selasa, 5 Ogos 2025

Ular Salin Kulit Dalam Rumah

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari Ahad malam, ketika menonton televisyen terpandang sesuatu di dinding. Apa benda itu? Kulit ular atau ular? Nak kepastian daripada adik.

Adik kata nampak macam kelabu putih, mungkin kulit ular. Lagipun tak bergerak. Kami pun sambung menonton televisyen.

Gambar yang dizoom. Aduhai, dalam hati rasa risau. Dalam rumah pun ular boleh masuk. Siap panjat lagi. Abah kata ular biasa yang tangkap cicak. Bukan ular senduk atau yang berbahaya. Nama pun ular, mana boleh tak risau..huhu..

Isnin, 4 Ogos 2025

Siapa Punya Angkara?

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sudah dua malam adik tidur di kampung. Pagi ini baru akan balik ke rumahnya di Bagan Serai. 

Tengoklah apa yang terjadi. Habis kena gigit. Lipas atau tikus punya angkara? Baru dua malam tidur kampung, sudah jadi begini.

Anak saudara tak tahu lagi. Ibunya tak bawa lebih puting. Ayahnya pun tiada. Harap dia okeylah. Nak beli pun kena ambil masa juga.