Sabtu, 19 Julai 2025

Cabai Segar dari Ladang

Assalamualaikum semua. Kak La bagi cabai yang ditanamnya. Banyak sangat. Kami kongsi tiga orang. Terima kasih Kak La.


Memang menjadi tanamannya sampai dapat banyak begitu. Segar dari ladang.


Ambil sedikit sahaja sebab tak tahu nak masak apa. Idea belum datang.


Mesti seronok tengok pokoknya bila meriah berbuah. Boleh buat sebagai terapi untuk hilangkan stress.

Buang Tanah Lama dalam Pasu

Assalamualaikum semua. Aktiviti pagi tadi buang tanah dalam pasu dan gantikan dengan tanah yang lain. Patutlah pokok yang ditanam tak nak membesar rupanya tanah ada semut. Pokok pun macam nak mati sahaja.


Memang patut dibuang tanahnya kerana tanah penuh dengan akar.


Bila ada tanah yang elok sedikit boleh diguna semula kerana tanah yang ada tidak mencukupi. Nak beli tanah pun kena berkira- kira. Utamakan keperluan yang penting dahulu.


Jumaat, 18 Julai 2025

Beli Ayam Gunting di Pasar Petang Khamis

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Cerita kelmarin, pergi pasar petang Khamis beli bebola ikan dan ayam gunting.


Ayam gunting RM5 dan bebola ikan RM3. Kali kedua beli ayam gunting dengan penjual yang berlainan. Kali pertama beli di Tanjung Piandang. Makan sekeping kemudian pergi mandi dan solat. Adik mesej tanya mana ayam gunting. Rupanya telah dilarikan oleh Si Pin Yangg, kucing yang selalu masuk rumah.

Memang rezeki kucing nampaknya. Mujur dapat rasa juga. Beli RM10 pula, memang tiada rezeki.

Kali kedua ini simpan terus bawah tudung saji. Letak pemberat agar tak dapat ditolak. Ayam gunting pasar kurang enak. Tebal dan liat dengan tepung sahaja. Saya memang tak pernah makan ayam gunting, jadi tak tahu rasa sebenar.