Khamis, 5 Jun 2025

Simpul Kasih dalam Perancangan

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Pertama kali tak buat apa-apa kuih atau biskut untuk raya Aildiladha yang akan tiba nanti. Biskut berasaskan mentega atau yang dibakar memang tak akan buat kerana tiada orang nak makan. Biskut raya Aidilfitri pun masih ada lagi.

Teringin nak buat simpul kasih tetapi masa dan tenaga masih belum mengizinkan. Sedap bila nikmatinya tak sedar boleh habis satu balang.

Serunding beli di Tiktok sahaja. Mudah dan sedap. Tapi jika anda seorang yang rajin dan pandai masak, tak salah pun nak buat sendiri. Lebih bermakna dan memberi kepuasan.

Harap tahun ini ada juga juadah yang dibuat. Walaupun tidak ramai adik-beradik yang balik, bolehlah buat makan sendiri.

Sabtu, 31 Mei 2025

Tempah Makanan di Pondok Mama

Assalamualaikum dan selamat malam. Cuti hari ini dihabiskan masa dengan mengemas homestay dan juga membasuh baju abah. Penat memang penat tetapi mujur buat berdua bersama adik. Nak clearkan gambar dalam handphone. Tarikh pembelian 31 Disember 2024. Wow lamanya..

Tempah mini lasagna di Pondok Mama RM6. Ada chicken dan beef di dalamnya.

Pizza Gebu Top Chicken saiz 7 inci RM 8 dengan donut susu RM4 (5 biji).

Pondok Mama terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Saya tempah melalui whatsApp 011-1154 9182.

Khamis, 29 Mei 2025

Ole-ole dari China

Assalamualaikum dan selamat malam. Ole-ole dari rakan sekerja, Angie sempena percutiannya ke China. Terima kasih kerana sudi memberi ole-ole yang comel ini.

Bolehlah letak dalam bilik atau almari. Kalau letak di peti ais cepat sangat hilang kerana banyak tangan. Bila jatuh tak kutip balik. Begitulah selalunya. Lebih baik simpan ditempat sendiri.

Alhamdulillah bertambah koleksi dari luar negara. Harap ada lagi selepas ini :)