Jumaat, 25 April 2025

Cerita Menjelang Syawal 2025

Assalamualaikum semua. Entri kedua untuk hari ini. Kisah pada bulan Ramadhan. Balik dari kerja, nampak ada biskut atas meja. Rupanya kakak singgah sekejap untuk hantar biskut dan mercun. Sempatlah kakak kemas homestay dan bersihkan apa yang patut.

Biskut samperit masih belum dibuka hingga kini. Kenapa? Sebab susah nak buka. Kejap sungguh. Lagipun biskut lain pun banyak lagi. Bolehlah bawa semasa jamuan raya di kilang nanti.

Mercun memang adik ipar kakak suka beli. Kalau ikutkan takut tapi orang bakar kena hadap jugalah. Risau terkena rumah. Mujur ada satu ini sahaja..haha..

Duit raya yang telah diberikan pada tahun ini. Cuma sampul hijau sahaja masih belum beri sebab cadang nak beri pada Tok. Atas faktor tertentu tak jadi beri, boleh beri pada adik. Memang tak bagi lagi duit raya padanya. 

Gagahkan diri untuk  buat simpul kasih. Tapi sayang salah pilih kulit popia, jadi menggerutu bila digoreng. Goreng pula terlajak garing, jadi pahit. Hingga hari ini masih ada setengah balang lagi. Itupun ada rasa masuk angin sedikit kerana kurang ranggup. Terbebel pula di sini. Harap tidak bosan berkunjung di blog ini.. :)

Biskut Raya dari Whiz International 2025

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini tak pergi kerja kerana kurang sihat. Bila malam sakit ini makin teruk, asyik bersin sahaja. Semoga cepat sembuh tanpa perlu makan ubat terutama antibiotik.  Sebelum raya lagi Whiz beri biskut raya pada adik. Baru berkesempatan untuk update di blog. Itupun kerana nak clearkan gambar di handphone.


Tahun ini dapat biskut ini sahaja. Tetapi rasanya memang enak. Walaupun sedikit tetapi puas hati sangat dapat menikmatinya. Terima kasih daun keladi, tahun depan bagi lagi :)

Khamis, 24 April 2025

Tempah Apom Balik di Majlis Kenduri Abang

Alhamdulillah satu lagi hajat tercapai iaitu ingin sponsor apom balik di majlis kenduri. Masa bulan puasa lock tarikh. Kami 3 beradik kumpul duit untuk sponsor apom balik ini. Bila kongsi tak terasa sangat, asalkan dapat berkongsi rezeki walaupun sedikit.

Apom balik ini minimum order 8 kg tepung. 1 kg tepung bersamaan dengan RM60. RM60 x 8 kg bersamaan RM 480.00. Boleh dapat 800 keping, seorang ambil dua keping bersamaan 400 orang makan. 

Sekitar majlis kenduri abang 12 April 2025

Cuaca pun tidak terlalu panas, alhamdulillah...

Tempah apom balik dengan Encik Azhar 017-4010 901