Ahad, 2 Februari 2025

Free Sample Libresse #KnowYourV

 Free sample ini sudah lama dapat tapi baru buka. Simpan sampai hilang dari pandangan dan fikiran. Bila kemas barang baru jumpa.


Boleh guna lagi dan cuba free sample ini. Terima kasih Libresse :)

Your Current XOX Plan Will Be Terminated

 Assalamualaikum semua. Hari ini update blog di bilik adik. Tanpa perlu penggunaan lampu, hanya kipas sahaja. Bilik sendiri kena buka lampu kerana gelap gelita. Buka satu tingkap pun dah cukup cerah. Udara luar pun masuk. Bermula hari ini tukar suasana. Gunakan bilik kosong yang ada walaupun kadang kala masuk juga air hujan. Rumah kampung dan rumah lama memang begitu. 


Nombor XOX kena terminated, terlalu leka tak sempat nak top up setiap bulan. Akhir topup RM5 pada bulan November. Tak cukup katanya. Jadi biarkan sahaja nombor itu tanpa diselamatkan. Boleh jer selamatkan kena emel XOX untuk pengaktifan dan buat bayaran RM50. Duit tersebut akan masuk ke dalam akaun juga nanti.

Oleh kerana banyak perkara yang harus dilakukan, jadi biarkan sahaja nombor tersebut walaupun amat penting untuk urusan bank. Nampaknya tak boleh beli onlinelah. Emel juga menggunakan nombor tersebut. 

Jika diselamatkan pun, perkara ini pasti akan berlaku lagi. Jadi biarkan sahaja. Selesaikan urusan dengan bank satu persatu. Tak tahu nak mula bila, mungkin tunggu adik cuti semester. Moga dipermudahkan. 

Sabtu, 1 Februari 2025

Selamat Tinggal Putri dan Loli 2024

 Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini agak penat kerana sibuk mengemas rumah. Kemas bilik adik yang sudah lama ditinggalkan. Penuh bersawang dan tahi cicak. Langsir juga sudah lama tidak dibasuh.

Inilah dia Putri dan Loli. Tiada keperluan lagi untuk disimpan di rumah. Putri dan Loli ini kenangan di zaman universiti dahulu. Putri iaitu yang warna pink beli sendiri manakala Loli iaitu yang berwana koko rakan sebilik yang hadiahkan. Mereka kongsi duit dan belikan Loli sempena hari lahir. 


Jadi terdapat dua anak patung di atas katil semasa zaman belajar dahulu. Bila balik kampung bawa pulang dan berikan pada adik. Sekarang adik pun dah besar. Tua sudah patung ini..hihi.. Jadi terpaksa melepaskan kerana tidak elok ada patung di rumah kecuali ada anak kecil untuk bermain. 

Masukkan dalam plastik hitam, jika ada yang berkenan boleh ambil. Suruh adik buang di rumahnya kerana lori angkut sampah selalu datang. Kalau rumah kampung buang belakang rumah dan terus bakar sahaja. Tapi tak sampai hati...