Sabtu, 1 Februari 2025

Happy Chinese New Year 2025

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Esok adalah hari terakhir cuti sempena perayaan tahun baru Cina. Kilang shutdown dan terpaksa ambil cuti selama 3 hari. Kira cuti deret selama seminggu. 



Daripada pembekal untuk kilang kami. Tahun ini alhamdulillah dapat banyak limau. Boleh bawa balik seorang sedikit. 

Pemberian daripada Wang seperti biasa setiap tahun. Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih :)


Pemberian daripada Miss Teoh untuk adik dan juga saya. Alhamdulillah.. Terima kasih sangat :)

Ahad, 12 Januari 2025

Kenangan Semasa di Tingkatan 5

 Assalamualaikum dan selamat malam. Kenangan semasa berada di tingkatan 5. Jarang sangat dapat ucapan tahniah. Jadi simpan kenangan ini hingga ke hari ini dan akan dilupuskan juga selepas ini.

Tengoklah tulisanku yang dulu. Dapat baik dari cikgu. Kawan tulis tak aci :)

Markah tertinggi yang pernah diperolehi. Tak cukup masa untuk tulis bilangan patah perkataan.

Sentiasa lupa tulis bilangan patah perkataan. Ada juga tahniah. Apa-apa pun dah berasa seronok ketika itu :) Nama cikgunya ialah Cikgu Rafeah.

Khamis, 2 Januari 2025

Penat dengan E-Invois

Assalamualaikum dan selamat malam. Sebenarnya rasa penat sangat dengan e-invois ini. Benda baru semua kena tanya dan fahamkan. Banyak kali hubungi LHDN tetapi sentiasa ada persoalan lain yang timbul. Mula-mula kena beri maklumat kilang pada pembekal. Pembekal pula banyak tidak terkira. Sampai hari ini tidak habis lagi memberi maklumat pada pembekal. 

Sekarang semua invois harus merupakan e-invois iaitu yang telah disahkan oleh LHDN. Hari ini dapat bil elektrik tetapi bukan e-invois. Kena beri maklumat pada TNB dan upload dokumen. Nak kena cari dokumen yang sepatutnya pula. 

Kebanyakannya kena call pihak tertentu baru boleh mendapat info. Orang bawah yang penat, ketua beri arahan sahaja. Penat dan serabut dengan e-invois ini. Rasa semuanya macam tak kena. Betul ke cara ini? Bolehkah buat begini? Kalau salah bagaimana? Sekian, coretan ini hanya untuk ringankan kekusutan :)