Selasa, 27 Ogos 2024

Dapat Sebatang Pen Pun Happy

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri kedua untuk hari ini. Ketua sibuk sembahyang, anak buah pun mengular. Sembahyang bagi orang Cina. Ada bakar-bakar. Nanti bila habis, bolehlah makan. Sudah asing makanan untuk orang Melayu. Makanan orang Melayu tak terlibat. Alhamdulillah.

 
Alhamdulillah... Rezeki yang diperolehi walaupun sekecil-kecil rezeki.

 
Pen yang dapat kelmarin. Ada pembekal beri pada anak boss dan anak boss beri pada pekerja. Pen dakwat basah. Cantik dan comel pennya. Suka sangat :)

Cedera Ketika Mengemas Rumah Atas

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu lepas hari Sabtu dan Ahad sibuk mengemas rumah atas. Kitar semula buku yang tidak digunakan lagi. Kitar semula kerusi roda yang dibeli untuk arwah mak tapi tak sesuai. Beli online tak boleh cuba selesa atau tidak. 

Bila sampai memang tak selesa dan boleh mendatangkan kecederaan. Sekarang tayar sudah rosak. Getah tayar pecah dan reput terus. Ranggup bak keropok. Nak baiki pun tak berbaloi. Baik dibuang sahaja.

Hadiah yang diperoleh ketika mengemas. Darah yang keluar banyak juga. Tapi alhamdulillah cepat baik. Rasa pedih memang terasa. Hari Sabtu kena, hari Ahad sambung mengemas lagi. Tapi pakai plaster agar boleh buat kerja lasak.

Kitar semula dapat RM30, termasuk buku-buku, barang plastik, kotak dan barangan elektrik yang lain. Alhamdulillah... Daripada dibuang begitu sahaja baik kitar semula. Adik laki bongsu rembat RM10 sebab dia tolong angkat kotak. Selebihnya mungkin beli makanan dan makan bersama keluarga. 

Jumaat, 23 Ogos 2024

Tomyam Campur dan Pizza Pasar Malam

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini tak pergi kerja, rasa mengantuk dan tak sedap badan. Bila time hujan badan rasa lemah. Tak boleh kena aircond. Malas nak masak sebab sejuk sangat. Hangatkan makanan apa yang ada untuk makan tengahari. Ada kuah laksa tempat sejukbeku. Ada lauk sambal telur dan juga ikan goreng. Alhamdulillah...

 
Malam adik beli tomyam campur, RM12. Naik harga, dulu murah jer.
 
 
Ini pula kisah kelmarin, ada pasar malam setiap hari Khamis di kampung.
 
 
Pizza atas lori. Tak pernah cuba lagi pizzanya.

 
Beli paling kecil sahaja. Ada 4 slice RM9. Alhamdulillah...