Khamis, 22 Ogos 2024

Bingka Ubi Kayu untuk Rakan Sekerja

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Malam tadi paksakan diri membuat kuih. Maka terhasillah bingka ubi kayu. Sayang tengok ubi kayu. Jika dibiar akan masuk angin dan rosak. Buat kerja sambil bertarung dengan nyamuk. Musim hujan nyamuk pun banyak. Tak senang nak buat kerja.

Terpaksa berceloteh di sini kerana tempat kerja kurang bercakap dan bersembang dengan orang. Masing-masing sibuk dengan kerja.

Bingka ubi yang telah dipotong. Kalut nak pergi kerja, ambil gambar mana yang sempat saja.

Dua bekas untuk rakan di tempat kerja. Senang jer nak buat bingka ubi ini. Nak resepi boleh klik di sini.

Selasa, 20 Ogos 2024

Rasa Teringin Tapi Mahu Buat Sendiri

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak akhir-akhir ini rasa teringin makan macam-macam yang sedap-sedap. Tetapi masalahnya bila sampai ke kedai tak jadi nak beli. Rasa hilang rasa teringin itu.

Contohnya teringin nak makan donat bila fikir balik takut tak sedap, tak puas makan sebab sedikit dan rasa tak berbaloi nak beli. Tahu sebab apa? Teringin nak buat sendiri dan boleh makan banyak dengan puas. Lagipun kaedahnya agak mudah untuk dibuat sendiri di rumah. Oleh itu sampai sekarang tak beli donat kerana nak buat sendiri.

Masalahnya bila nak buat sendiri perasaan malas, tak cukup masa, penat dan sebagainya. Jadi tak terbuat sampai sekarang.

Begitu juga dengan makanan yang lain, sanggup tak beli kerana fikir nak buat. Tapi masalahnya tak buat juga. Haha..

Campuran tiga makanan bergoreng iaitu maggi, mee dan bihun. Mee dan bihun beli di kedai yang berlainan. Maggi pula dimasak oleh adik bongsu.

Kenapalah suka tulis tentang makanan saja? Sebabnya makananlah yang hari- hari benda yang kita fikirkan. Betul tak?

Semoga blog dan akaun sosial yang lain jauh dari sebarang dosa. Blog adalah diari untuk diri sendiri dan dikongsi bersama pembaca. Bukan niat untuk menunjuk tetapi sebagai kenangan untuk diri sendiri. Apa yang dilalui itulah yang ditulis untuk tatapan. Sekian.

Isnin, 19 Ogos 2024

Rezeki Buah Dokong dan Cempedak Goreng

Assalamualaikum dan selamat pagi. Rezeki hari Isnin. Beli makanan untuk makan tengahari, dipelawa untuk ambil buah-buahan. Rezeki jangan ditolak. Ambil sedikit buah dokong dan juga cempedak goreng. Alhamdulillah.
 
 
Berkongsi rezeki katanya, hasil dari kebun Tuan kedai. Alhamdulillah dapat juga orang lain merasa. Terima kasih sangat :)