Isnin, 12 Ogos 2024

Pencuri Makanan di Malam Hari

 Assalamualaikum semua. Akhirnya dapat juga tangkap pencuri di malam hari ini. Ketika orang baru masuk tidur, dia naik ke bumbung dan masuk dalam rumah dengan melompat. Kuat betul bunyinya.

Bila orang keluar dari bilik pandai pula menyorok. Ini pun ambil gambar dalam gelap. Tak sempat nak menyorok. Habis tudung makanan dibuka walaupun telah letak lesung batu atasnya. Lauk pauk bersepah di lantai. Makannya sedikit sahaja tetapi semua lauk diusik.

Isnin, 5 Ogos 2024

Kek Dulu-dulu

Assalamualaikum dan selamat pagi. Imbas kembali kenangan masa dahulu. Dulu selalu sangat buat kek coklat. Kek ini sedap sangat. Entah kenapa bila buat sekarang kurang menjadi. Masa kukus suka masuk wap dan kek jadi turun. 

Arwah mak suka kek biasa dengan kek coklat. Kek coklat tak perlu letak topping. Makan begitu sahaja arwah mak suka.

Masa ini arwah mak masih ada. Al- Fatihah untuk arwah mak.

Kenangan membuat kek bersama adik. Adik yang letak topping dan hias.  Kenangan yang cukup bermakna.

Jumaat, 2 Ogos 2024

Cuti Semester Bermula

Assalamualaikum dan selamat malam. Cerita petang tadi 2 Ogos 2024, ambil adik di stesen keretapi. Cuti semester baru bermula.

 
Singgah makan dulu di Village Cafe. Kali ketiga makan di sini. Sedap dan tak ramai orang lagi. Malam nanti pasti ramai.
 
 
Makan nasi goreng daging RM6.50
 
 
Sedap dan menepati selera
 
 
Adik makan nasi goreng tomyam RM7

Ada masa lagi singgah pula ke kedai Eco. Shoping barang bakery sahaja. Nak beli baking paper tetapi terbeli printed baking paper. Ada beza yer. Adik sampai pukul 7.30 malam dan kami bertolak pulang.