Ahad, 10 Disember 2023

Ole-Ole dari Jepun

Assalamualaikum dan selamat malam. Esok mulalah kerja, hari Isnin.

Ole-ole dari Jepun. Anak perempun bos yang beri. Alhamdulillah...

Belum sempat pakai lagi, tiada masa yang sesuai. Mungkin satu hari nanti :)

Rabu, 15 November 2023

Buah Anggur dari Gerai Pokok Anggur, Tanjung Piandang, Perak.

 Assalamualaikum semua. Hari ini masih lagi cuti. Kilang shutdown bermula Deepavali hingga 19 November 2023. Terpaksa tolak cuti 4 hari atau tolak gaji untuk 4 hari jika sudah tiada cuti tahunan. Dugaan dan kena banyakkan bersabar. Bagi kerja office tolak cuti terus manakala production pula layak mendapat duit makan RM30 sehari. Nampak sangat ketidakadilannya. 

Bagi berjawatan tinggi tiada kesan, bagi yang pendapatan minimum pula bagaimana? Sabar sahajalah. Bagi kilang tiada kesan, bagi cuti tidak bergaji. Habis cuti tahunan setelah dipaksa cuti. 

Stress tentang kerja, baik ubah topik lain. Buah anggur dari Gerai Pokok Anggur, Tanjung Piandang, Perak. Tak sempat lagi merasa menu-menu di sana. Gambar ini sudah lama iaitu 30/1/2023.

Buah anggur ini family yang bawa balik setelah menjamu selera di gerai Pokok Anggur. Comel-comel anggurnya. Boleh petik sendri tuan gerai izinkan :)

Isnin, 13 November 2023

Happy Deepavali 2023

Assalamualaikum dan selamat pagi. Happy Deepavali kepada yang menyambutnya. Terlewat sudah. Cerita kelmarin, BBQ bersama family sempena cuti hari Deepavali. Alhamdulillah.

Sempat ambil gambar sedikit sahaja. Kami buat bakar ayam dan juga kambing. Gambar daging kambing tak sempat ambillah pula.
 
4 ekor ayam, RM80. 2 ekor untuk ayam lada hitam @ BBQ, 2 ekor lagi ayam percik. Kambing kakak Kuala Kangsar yang sediakan. Ayam BBQ letak sos lada hitam dan juga sos BBQ. Tambah sedikit gula dan garam lagi. Perap semalaman.
 
Tengoklah pokok-pokokku itu yang hidup segan mati tak mahu itu. Terabai dan tidak terurus. Semoga pokok terus hidup subur.