Assalamualaikum dan selamat petang. Petang ini hujan pula, alhamdulillah. Kenal tak daun senna? Ia bagus untuk membersihkan usus yang kotor. Baca kelebihan teh daun herba jati cina atau lebih dikenali daun senna di bawah.
Jumaat, 27 Oktober 2023
Khasiat Teh Daun Senna
Cara membancuhnya ialah dengan mengambil satu sudu besar daun senna dan dibancuh dengan satu cawan air panas. Bancuh seperti membuat air teh. Apabila patinya telah meresap keluar, bolehlah ditapis. Sedap diminum ketika suam. Jika masih tidak pekat, boleh bancuh dengan dua sudu daun senna.
Air senna ini baik diminum pada waktu malam dan esok paginya akan membuang dan perut terasa lega. Amat sesuai jika anda makan banyak pada siang hari dan malam minum air teh senna. Dapat menyingkirkan segala kekotoran dari dalam usus.
Selasa, 24 Oktober 2023
Goreng Pisang Sedap
Assalamualaikum dan selamat pagi. Hati ini terlalu merindui orang yang telah pergi. Kadang kala ada rasa bersalah kerana tidak buat yang terbaik ketika ianya masih hidup. Tapi sebagai manusia biasa mana pernah tidak melakukan sebarang kesilapan. Pemergian itu memang amat menyakitkan. Rindu yang tiada kesudahan. Apa-apa pun hargai apa yang di depan mata. Bersyukur apa yang dimiliki sekarang. Alhamdulillah...
Semoga setiap ujian dapat dihadapi dengan tenang dan sabar. Bergantung dan berharap pada Allah. Dengan rahmat Ilahi, segala kesulitan dapat diselesaikan dengan baik.
Dapat alas perut sebelum masak untuk makan malam. Abah memang memahami. Kami saja yang tidak memahami abah. Terima kasih abah, terima kasih ya Allah :)
Ahad, 22 Oktober 2023
Kerepek Pisang Berangan Hasil Tanaman Abah
Assalamualaikum dan selamat pagi. Kenapalah pagi-pagi pun rasa stress. Tak cukup tidurkah? Cukup malah rasanya sudah lebih dari cukup. Stress banyak kerja tapi tak tahu nak mula dari mana? Akhirnya semua kerja tak jadi. Cuti dua hari masih belum cukup apatah lagi cuti sehari...
Cerita kelmarin, buat kerepek pisang berangan. Guna cara kawan iaitu dengan rendam pisang dengan air garam untuk seketika. Nanti rasa garam akan masuk ke dalam pisang.
Inilah hasilnya, kerepek pisang berangan yang enak. Kena sagat pisang dalam belanga terus barulah pisang tak melekat antara satu sama lain. Tak boleh kedekut minyak juga, kena guna minyak yang banyak.
Langgan:
Catatan (Atom)