Ahad, 30 Ogos 2020
Beli Tanah Hitam Hampas Sisa Sawit
Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ini cuaca sangat panas. Duduk pula di rumah atas terasa sangat membahang kepanasannya. Tapi nak buat macam mana, malas nak alihkan laptop. Duduk sahajalah di sini biarkan pun panas.
Sejak akhir-akhir ini, suka sangat membelanjakan duit untuk tanaman. Selepas PKP lagi rancak dibuatnya. Dengan kewujudan pokok viral lagi semangat nak tanam pokok hiasan.
Tertengok iklan di facebook ada orang jual tanah hitam hampas sisa sawit. RM 15 seguni, berat dalam anggaran 25 - 30 kg. Tanah ini sesuai untuk menanam sayuran dan bunga. Jadi tanpa berlengah terus sahaja beli 2 guni, kemudian beli lagi 2 guni.
Inilah rumah orang yang menjual tanah hitam tersebut. Terletak di Titi Serong, Parit Buntar, Perak. Rumahnya setentang dengan Pejabat Peladang Simpang Tiga, Parit Buntar. Hubungi 019-4149162 untuk maklumat lanjut.
Ahad, 16 Ogos 2020
Domino's Pizza Beli 1 Percuma 2
Ada orang belanja domino's. Mula-mula ajak pergi KFC tetapi sebab baru sahaja makan bos belanja, jadi terpaksa pergi domino's. Lagipun domino's tempat yang paling dekat dalam Mydin itu juga. Tak perlu berpanas di luar untuk pergi ke KFC.
Terima kasih kerana sudi belanja saya dengan adik. RM40 lebih juga sebab sekali dengan air. Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi. Cuba tengok pada gambar, tengok betul-betul.. Ada tangankan, orang itu la yang belanja. Jangan marah yer :)
Langgan:
Catatan (Atom)