Ahad, 30 Ogos 2020

Libresse The V Game

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Detik 12 tengah malam ini kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-63. Syukur alhamdulillah negara kita aman damai dan bebas dari belenggu penjajah. Cuma diuji dengan ujian Covid 19. Semoga ujian ini dapat kita hadapi dengan tenang dan pulih sepenuhnya dengan cepat. Amin.


Hari itu ada tertengok di facebook dengan menbeli barangan Libresse RM 25 ke atas layak mendapat Libresse The V Game. Oleh sebab memang pakai Libresse jadi terus beli dan whatsapp segala maklumat yang diperlukan.


 Inilah dia Libresse The V Game telah sampai dengan selamat...




Tak pandai nak main, jadi simpan sahaja sebagai koleksi.
Terima kasih Libresse...

Kuih Sepit Homemade AHR Rezeki Enterprise







Beli Tanah Hitam Hampas Sisa Sawit

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ini cuaca sangat panas. Duduk pula di rumah atas terasa sangat membahang kepanasannya. Tapi nak buat macam mana, malas nak alihkan laptop. Duduk sahajalah di sini biarkan pun panas.

Sejak akhir-akhir ini, suka sangat membelanjakan duit untuk tanaman. Selepas PKP lagi rancak dibuatnya. Dengan kewujudan pokok viral lagi semangat nak tanam pokok hiasan. 


Tertengok iklan di facebook ada orang jual tanah hitam hampas sisa sawit. RM 15 seguni, berat dalam anggaran 25 - 30 kg. Tanah ini sesuai untuk menanam sayuran dan bunga. Jadi tanpa berlengah terus sahaja beli 2 guni, kemudian beli lagi 2 guni. 


Inilah rumah orang yang menjual tanah hitam tersebut. Terletak di Titi Serong, Parit Buntar, Perak. Rumahnya setentang dengan Pejabat Peladang Simpang Tiga, Parit Buntar. Hubungi  019-4149162 untuk maklumat lanjut.