Jumaat, 1 Mei 2020

Sambut Hari Lahir 2020 dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Entri kenangan sambut hari lahir pada 28 Mac yang lalu. Tahun ini sambutan hari lahir dalam tempoh PKP. Tiada kek yang dihias cantik dan ditulis. Walaupun sebelum ini kek birthday dibeli sendiri. Tahun ini tak sempat nak tempah dan stay at home. Patuh dan akur jadi tiada kek istimewa untuk tahun ini.

 Kek yang dibuat oleh adik, Arifah. 



 Dapat hadiah birthday dalam PKP yang diletak di atas katil.

 Ucapan daripada yang tersayang...

Inilah hadiah birthday dalam PKP

Isnin, 27 April 2020

Pengalaman ke Klinik Kesihatan dalam PKP

Pada 14 April yang lalu, terpaksa pergi ke klinik sebab badan gatal-gatal dan menjadi merah. Puncanya mungkin disebabkan semut dan nyamuk. Mungkin semut kecil merayap di katil dan bila tidur rasa gatal yang amat. Masalahnya semutnya tidak kelihatan. Cadar sudah ditukar tetapi tetap gatal. Apatah lagi cuaca panas menyebabkan mudah berpeluh. Lagi bertambah gatal dibuatnya.


Sebelum masuk ke ke kinik, suhu badan akan diperiksa. Kemudian tangan perlu dicuci dengan hand sanitizer. Nurse akan ajar cara mencuci tangan yang betul. Kita akan di soal serba sedikit. Contohnya pergi ke luar negara atau tak? Ada ahli keluarga yang tinggal jauh tetapi pulang ke kampung?


Dalam klinik pada hari itu memang tak ramai orang seperti selalu. Nama juga cepat dipanggil. Selepas mendapat rawatan, di dalam bilik doktor sekali lagi perlu mencuci tangan dengan hand sanitizer.


Pada hari itu, saya kena jawab soalan soal selidik yang berkenaan wanita. First time period ingat bila tapi nak kira tahun yang susah. Ingat tingkatan berapa tapi tak tahu tahunnya. Kena kira semula...


Dapat ubat sapu dan juga ubat makan...

Pertama Kali Tanam Buah Tomato

Esok 28 April 2020 bermulalah hari pertama bekerja dan masih dalam PKP. Kilang tempat saya bekerja mendapat kebenaran daripada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia @ Malaysian Timber Industry Board (MTIB). Mesti berasa janggal setelah sebulan lebih berada di rumah dan terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana baru tambahan pula di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tak nak cerita pasal kerja, baik tengok tumbuhan hijau dan sayuran. Pertama kali tanam pokok tomato. Alhamdulillah ada juga buahnya walaupun tidak diletakkan baja. Hanya satu pokok ini sahaja yang berbuah. Pokok lain ada bunga tapi tak menjadi. Rasa nak cabut saja pokok tersebut dan tanam pokok yang lain pula.

Bijinya saya letakkan saja di tanah kerana ada buah tomato yang dibeli sudah rosak.

Apabila sudah tumbuh anak pokok, saya ubah dalam pasu.

Buahnya taklah menjadi sangat. Sekurang-kurangnya ada...

Tengok buah tomato pecah-pecah...