Selasa, 21 April 2020

Pesan Makanan Secara Online dalam Musim PKP

Sepanjang PKP, baru 3 makanan ini yang sempat kami pesan di rumah. 
Ramai betul orang yang menjual... di sana, di sini...
Memang tak akan lapar sepanjang PKP walaupun malas masak :)

 Yang pertama nasi kerabu RM 6.50.
Order pada kawan adik
Hantar sampai di depan rumah :)

Yang kedua lupa nak ambil gambar...
Beli jagung... 8 tongkol RM10
Ambil di farmasi Tanjung Piandang
Kami beli RM20.. Puas makan :)

Yang ketiga mempelam atau mangga
3 kg RM 20 (harga biasa)
5 kg RM 30 (harga kawan-kawan)
5 kg RM 25 ( harga kawan rapat)

Cuba teka saya dapat harga yang mana?

Tempat Letak Kaki di Pejabat

 Sudah masuk hari ke 35 PKP yang dijalankan di Malaysia. Berbaki lagi 7 hari untuk fasa ketiga ini. Hari ini masih tidak bekerja dan tidak dipanggil untuk bekerja. Stay at home.. kita jaga kita..

 Tempat letak kaki di pejabat. Selesa sangat bila menggunakannya. Sebelum ini kaki selalu rasa kebas-kebas dan lenguh. Bila ada tempat letak kaki ini dapat mengurangkan kesakitan. Alhamdulillah...

 Di bahagian belakang... Mr Ng yang buat untuk kami satu pejabat.. Terima kasih Mr Ng walaupun dia tak baca blog ini. Ms Chong yang cadangkan agar ianya dibuat dan juga permintaan pekerjanya.

 Kaki besar gedabak... Rindunya dekat aircond di pejabat. Di rumah hangat lit lit... huwaa.... huwaa... tapi aircond je la bukan kerja okey :)

Jumaat, 10 April 2020

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan dari 15 April hingga 28 April 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia telah dilanjutkan dari 15 April hingga 28 April 2020. Bermakna telah masuk fasa ketiga PKP. Diharap semua dapat bersabar dengan menjaga diri sendiri dan keluarga. Bukan calang-calang penularan COVID 19 ini. Semua yang berlaku dengan izin Allah dan hanya kepada-Nya kita berserah.

Sepanjang PKP ini tiada aktiviti menarik yang boleh dibuat. Pada mulanya nak belajar menjahit, tetapi mesin jahit pula rosak. Dugaan... Hari-hari berasa lebih malas tetapi bersyukur sangat dikelilingi keluarga tercinta. Inilah masa untuk berehat seketika dari sebarang kerja hakiki. 


Dalam kebosanan, dapatlah memakai  inai di jari. Daun inai diambil dari rumah jiran yang dipanggil Mak Su. Mula-mula ceraikan daun dari batangnya, tumbuk daun sampai lumat dan pakai. Adik yang tumbukkan sebab dia yang nak pakai sangat. Ada lebih, jadi bolehlah saya pakai pula...


 Sudah lama tak pakai inai. Rimasnya amat terasa.. 
Sangatlah comot...


Inilah hasilnya... Jari-jemariku yang panjang bermakna tuannya pun tinggi...