Ahad, 23 Jun 2019

Jom Memberi Sumbangan Buat Maahad Darul Faizin


Maahad Darul Faizin merupakan sebuah institusi Pengajian Islam peringkat menengah yang menawarkan shahadah (sijil) Tahfiz Al-Quran dan Al-Hadith serta pengajian agama dan Bahasa Arab. Maahad ini beroperasi di bangunan lama Masjid Nurul Iman Jalan Bukit Panchur, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Maklumat lanjut mengenai maahad ini, rujuk gambar di bawah.


Kepada yang berhajat membuat wakaf dan sumbangan bolehlah rujuk gambar di bawah.

Nota :

Saya mendapat maklumat di atas setelah menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Maahad berkenaan yang bertujuan mengumpul dana. Majlis yang dianjurkan ialah ceramah agama bersama Ustaz Kazim, Saiful Apek dan seorang lagi penceramah. Saya kongsi dan sebarkan. Semoga kita semua mendapat kebaikan dan keredhaan Ilahi.

Sabtu, 22 Jun 2019

Jom Shopping Tudung di De Qaira, Nibong Tebal

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan ceria-ceria selalu. Sekadar perkongsian untuk anda dan simpanan untuk saya. Sejak De Qaira berpindah ke Nibong Tebal tak berkesempatan lagi untuk pergi (kedai lama terletak bersebelahan Bank Islam Parit Buntar).


Jom tengok alamatnya. Mungkin suatu hari nanti berkesempatan untuk pergi. Alamatnya 59, Jalan Pekaka, Taman Pekaka, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.


Memang seronok membeli di De Qaira. Harganya memang murah walaupun membeli sehelai tudung sahaja. Banyak pilihan tudung dan terkini. De Qaira pernah memberi kuih nona manis kepada pembeli (saya pernah dapat) dan mak pernah terima air mineral. Mungkin ada yang dapat pelbagai lagi. Pendek kata peniaga tersebut suka bersedekah kepada pembeli. Semoga rezekinya terus bertambah :)

 Beli tudung dapat kuih Nona Manis

Nona Manis yang sedap... :)

Jumaat, 21 Jun 2019

Pengalaman ditipu Peniaga Online di Facebook

Pengalaman saya sendiri yang telah ditipu oleh peniaga online di Facebook. Saya kerap juga membeli-belah secara online dan ini merupakan kali pertama saya ditipu. Sungguh tak sangka dan tak diduga. Walaupun nilainya tidak begitu besar bagi anda tetapi amat bernilai bagi saya. Barang yang ditunggu tidak juga sampai. Jom baca dan jadikan ikhtibar dan pengajaran. Semoga tiada orang lain yang akan ditipu olehnya lagi.

Kejadian itu berlaku pada 30 Mei 2019. Lagi beberapa hari umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Saya tanya pada peniaga tersebut sama ada sempat sampai sebelum raya ataupun tidak. Katanya sempat sampai sebelum raya. Jadi saya tidak berfikir panjang terus membelinya. Lagipun saya tidak bercadang memakai dress itu pada hari raya. Kalau tidak sempat sampai raya pun tak mengapa. Jom tengok sedikit sebanyak sedutan perbualan tersebut.


 Dress inilah yang dijual oleh peniaga tersebut. Harganya RM35...










Dia beri saya nombor tracking yang palsu dan tidak wujud. Saya sudah menelefon pihak J&T. Katanya nombor tracking tersebut tidak wujud. Nombor tracking saya berada nombor 2. Nama saya terpaksa saya padam. Cuba tengok di atas. Nombor saya 650001399118.


Saya cuba semak nombor tracking penerima lain dan kebanyakannya telah menerima barangan mereka. Kenapa saya tidak??



Apabila saya mesej menanyakan barang, akaun saya telah diblock. Memang sah wujud unsur penipuan di situ. Barang belum sampai tetapi sudah block pembeli. Kononnya boleh tukar baju jika saiz yang dibeli tidak sesuai selepas raya.

Setelah akaun saya diblock, saya cuba mencari akaun penjual tersebut dengan menggunakan akaun fb orang lain. Ini yang saya dapat. Akaun tersebut masih aktif. Bila saya mesej berminat dengan dress tersebut, terus akaun tersebut tidak wujud.





Dia akan selalu menukar gambar profilnya. Jadi jangan terpedaya.


Bukti pembayaran yang telah dibuat