Selasa, 29 Oktober 2013

Mengapa Perlu Ada Lebih dari Sebuah Blog?


Mengapa seseorang itu perlu mempunyai lebih daripada sebuah blog? Mengapa? Adakah seseorang itu tamak dan tidak mahu memberi ruang kepada orang lain? Jawapannya…Tepuk dada tanyalah diri sendiri..hehe…
Di sini saya ingin menjawab persoalan yang ditanyakan oleh diri saya sendiri..hehe… Ini adalah sekadar pendapat dan luahan hati saya.

1. Mudah Berasa Bosan Apabila Menulis Dengan Satu Blog

Seseorang itu akan cepat berasa bosan dengan hanya menulis satu blog. Hal ini kerana blog yang sama sahaja di tulis setiap hari dan tiada perkembangan idea. Kadangkala kita mudah bosan dengan design dan rekaletaknya tetapi untuk menukarnya terasa sayang kerana yang dihasilkan nanti belum tentu memberi kepuasan.


2. Untuk Menampilkan Satu Identiti dalam Sesebuah Blog

Seseorang itu mempunyai banyak blog kerana ingin memberikan identiti kepada blognya. Contohnya satu blog untuk masakan, fotografi dan juga tutorial. Seseorang itu tidak mahu mencampur adukkan entri tersebut di dalam satu blog. Hal ini membolehkan blognya nampak menarik, kemas dan mempunyai identitinya tersendiri.

3. Untuk Mencuba Pelbagai Syarikat Pengiklanan agar Dapat Menjana Pendapatan

Seperti yang kita tahu, satu blog hanya sesuai untuk satu syarikat pengiklanan. Contohnya Nuffnang yang tidak membenarkan syarikat pengiklanan saingannya berada bersama-sama di dalam satu blog. Oleh itu, seseorang itu perlu mempunyai lebih daripada sebuah blog agar dapat mencuba pelbagai syarikat pengiklanan yang dapat memberi pendapatan yang lumayan. Kita tidak akan tahu andai kita tidak cuba sendiri syarikat mana yang lebih memberi pulangan yang lumayan.

4. Untuk Merahsiakan Identiti Diri di Blog Tertentu

Ada kalanya, kita tidak mahu blog tersebut diketahui adalah milik kita. Kita ingin merahsiakan siapakah penulisnya. Tetapi, ada juga sesuatu info atau blog yang ingin kita kongsikan bersama. Jadi seseorang itu perlu mempunyai dua blog agar satu dapat dikongsi dan satu lagi untuk peribadi atau untuk teman-teman yang rapat. Privasi dalam sesuatu blog perlu ada agar kita berasa selesa dan lebih selamat.


5. Untuk Mendapat Kepuasan Hati

Manusia ini mempunyai bermacam ragam dan karenahnya. Kadang kala hati akan menjadi puas jika blog yang dihasilkannya berada di alam maya. Jika lebih daripada satu, ianya pasti akan lebih menggembirakan. Tambahan pula jika semua blognya mempunyai traffik yang tinggi. Memang berasa amat gembira dan memberi kepuasan. Jika tidak memberi trafik pun, ianya sudah cukup memuaskan hati. Dalam kata mudah ‘syok sendiri’ seperti saya la tu…huhuhu…

6. Untuk Meletakkan Widget yang Pelbagai

Kadang-kala seseorang itu terlalu obses dengan pelbagai widget. Contohnya widget calendar, jam, widget selamat datang  dan sebagainya yang sangat comel dan menarik hati. Tetapi widget-widget ini akan memberatkan blog. Jika letak kesemuanya dalam satu blog pasti blog kita mengambil masa yang lama untuk dibuka. Oleh itu, seseorang itu perlu mempunyai lebih dari satu blog agar dapat meletakkan widget-widget yang menarik ini dan dapat mengurangkan berat blog.

Ini adalah jawapan kepada persoalan mengapa perlu mempunyai lebih daripada satu blog yang terlintas di fikiran saya buat masa ini. Menulis lebih daripada satu blog bukanlah suatu yang mudah kerana ada kalanya kita akan terlepas pandang blog yang satu lagi.

Apa yang penting kita berasa happy dan tidak terbeban dengan blog hasil ciptaan kita sendiri..hehehe… Apa-apa pun saya minta maaf andai terkasar bahasa atau menyinggung perasaan. Sebenarnya, persoalan tersebut lebih menjurus kepada ‘saya’….

Sabtu, 26 Oktober 2013

Saya Sedia Membeli...

Tawaran Harga Duit Syiling

Saya sedia membeli duit syiling yang tertera dibawah :-

10 Sen – 1971 (RM 150)
20 Sen – 1970 (RM 10)
              1994 (RM 5)
50 Sen – 1967 (RM200) ~ Tidak Berparit
              1968 (RM200) ~ Tidak Berparit
              1969 (RM300)
              1995 (RM5)
1 Sen – 1970 (RM20)

Duit lama kertas atau syiling yamg masih elok

Telefon : 016-4885984
Saravanan atau Sara

Inilah bukti iklan yang menunjukkan permintaan terhadap duit syiling lama. Jika anda ada menyimpan duit syiling lama yang diperlukan, bolehlah hubungi talian yang tertera di atas.

Oleh sebab itulah saya ada menulis entri sebelum ini yang mengajak anda mengumpul duit syiling dari sekarang. Klik di sini...

Setakat ini, saya tidak menjumpai lagi duit syiling yang tertulis di atas. Memang payah untuk dijumpai rasanya.

Anda pula bagaimana? Cubalah check jika ada…

Jumaat, 25 Oktober 2013

Bagaimana Jika Tiada Blogspot di Alam Maya Ini?



Apa akan jadi kepada semua blogger terutamanya saya apabila tiada lagi blogspot di alam maya ini?
Bukannya apa cuma terlintas di fikiran saya. Bagaimanalah jika tiada blogspot. Apa yang akan terjadi kepada saya…huhu..

Jika tiada blogspot….
~ Saya akan mencuba domain yang lain contohnya wordpress dan sebagainya. Bagi saya blogspot adalah yang paling mudah, ringkas dan cepat untuk dipelajari. Free pulak tu… Tambahan pula ianya mempunyai rekabentuk yang menarik. Jika tiada blogspot, terpaksalah saya mempelajari domain yang lain.

Jika tiada blogspot…
~ Saya tidak tahu di mana saya ingin menulis melalui kaedah yang paling mudah dan cepat. Orang lain dapat membaca hasil tulisan kita dan memberi komen. Oleh itu, saya mesti akan tercari-cari di mana medium yang sesuai.

Jika tiada blogspot…
~ Kuranglah ilmu yang dapat diterima dan dikongsi bersama. Info-info tidak dapat di salurkan dengan mudah. Jika menggunakan medium laman sosial, bukan semua orang mempunyai akaun tersebut. Tetapi blogspot, semua orang boleh baca tidak kira usia dan di mana jua.

Jika tiada blogspot…
~ Bagaimanalah saya boleh mendapatkan pendapatan tambahan? Walaupun sedikit ianya dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan sehari-hari. Bersyukur sangat. Kadang-kala, jeles juga bila orang dapat banyak pendapatan…hehe.. tetapi, semuanya perlu usaha lebih jika ingin mendapatkan lebih pendapatan. Ilmu juga perlu ada.

Jika tiada blogspot…
~ Hidup akan menjadi sunyi, tidak ceria kerana kadangkala apabila melihat dan menulis blog membuatkan hati berasa gembira. Seperti syok sendiri pun ada..hehe.. Tak kisah la, asalkan hati gembira. Nak tulis apa pun orang tak akan marah. Tetapi haruslah mematuhi batas-batas tertentu. Hati dan perasaan orang lain juga harus dijaga. Apa yang paling penting, agama harus diutamakan. Perkara yang ditegah harus dielak kerana menulis juga boleh mendapat dosa jika tidak kena gayanya…

Jika tiada blogspot…
~ Kuranglah rakan-rakan di alam maya. Tiada lagi istilah follow dan blogwalking.. Ikatan silaturrahim di alam maya juga sangat kurang.. Boleh saya katakan penulis blogspot ini datangnya daripada orang yang cerdik pandai dan bekerjaya. Contohnya guru, doktor dan sebagainya. Mereka boleh berkongsi ilmu dan membantu blogger lain seperti saya yang kurang ilmu.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin ditulis dan terlintas difikiran tetapi tangan sudah penat menaip. Bagaimana pula dengan anda?
Apa akan jadi atau apa yang akan anda lakukan jika tiada lagi blogspot di alam maya ini?