Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam Penghulu segala hari. Semoga baik-baik sahaja hari ini dan seterusnya serta dipermudahkan segala urusan. Sudah sebulan lebih renovate rumah buat bilik air dan juga bilik. Pecahkan tandas yang lama dan buat tandas yang baru. Tandas lama ada masalah yang tidak boleh dielakkan, nak tak nak kena buat baru demi keselesaan.
Sejak pecahkan tandas lama saya dan adik bermalam di homestay. Di rumah ada juga tandas lain tetapi di luar. Faktor keselamatan dan keselesaan lebih baik bermalam di homestay sahaja senang untuk pergi ke tandas.
Maghrib sekarang ini masuk awal, lepas masak nasi dan siang ikan terus balik ke homestay. Nak keluar pergi ke rumah semula rasa malas. Minta adik tapaukan nasi dan lauk malam tadi. Sebelum ini masak nasi goreng dan tapau siap-siap. Lepas Maghrib atau Isyak boleh terus makan. Kadang beli makanan di kedai sahaja. Selagi tak siap rumah, merempatlah kami. Harap sangat hari Ahad ini siap.

Sedap lauk2 ni =)
BalasPadam