Sabtu, 9 Mei 2026

Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini nak join giveaway Kerajaan Kelapa. Permaisuri berbesar hati memberikan hadiah sampul raya kepada yang bertuah. Moga patik termasuk dalam golongan yang bertuah itu. 

Patik teringin sangat sampul raya Labubu Lotso dan Hello Kitty. Oh ya, pada yang nak join giveaway ini boleh klik pada banner. Tarikh tutup pada 30 Mei 2026.

Rabu, 22 April 2026

Cabai Hidup dan Cabai Kering

Assalamualaikum semua. Hari ini ambil cuti lagi. Ada hal yang perlu diuruskan. Perlu ke bank untuk tukar nombor telefon. Tak sangka pula Bank Simpanan Nasional boleh kemaskini nombor telefon akaun ASB. Jadi tak perlu ke Pejabat Pos lagi. Eyma tahu pun setelah search di Google. 

Hasil tanaman iaitu cabai hidup dan cabai kering. Pokoknya pun tidaklah terlalu elok tapi alhamdulillah ada juga hasilnya.

Cantiknya warna, merah berkilat gitu. Suka sangat. Tak tahu nak masak apa lagi. Simpan dalam peti dulu agar tahan lama.

Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2026

 
Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini nak join segmen pencarian bloglist dari Aynorablogs. Tempoh segmen berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Disember 2026. 

Eyma pun tak pasti sama ada pernah masuk atau pertama kali ke blog Aynorablogs. Apa-apa pun salam kenal dari Eyma. Jom ramai-ramai kita support segmen ini dengan klik pada banner di atas.