Khamis, 2 Oktober 2025

Kempen Himpunan Pakaian Terpakai di Tanjung Piandang, Perak

Assalamualaikum dan selamat petang. Memang sudah lama merancang untuk sedekahkan baju yang jarang dipakai. Kali ini baju yang sekali dua saja dipakai. Baju kesayangan tetapi perlu dilepaskan. 


Baju tersebut dirasakan tidak sesuai lagi mengikut citarasa. Sekarang mahukan hidup yang simple sahaja. Tak nak lagi baju yang kembang dan sukar diurus.

Usia begini tidak mementingkan kecantikan lagi tetapi keselesaan. Jika boleh nak baju yang tidak perlu iron memenuhi almari. Hidup menjadi lebih mudah.

Kempen ini begitu dekat dengan rumah. Sebelum ini pernah hantar di tempat pengumpulan yang agak jauh. Sudah dua kali menyumbang pakaian terpakai. Semoga dipermudahkan urusan kali ini.

Ahad, 28 September 2025

Pohon Cermai di Tepi Jalan

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini hujan tidak berhenti lagi. Rasa malas sangat nak bangun. Hari ini adik bongsu akan pulang semula ke universiti. Peneman menonton cerita korea dan Talk To My Manager tiada lagi. Jika tidak selalu menonton bersama.

Petang kelmarin keluar berjalan di halaman rumah. Melihat pokok-pokok di tepi jalan. Banyak pula buah cermai. Sudah kuning pula. Jika tak ambil pasti luruh. Terus masuk rumah dan ambil plastik. Ambil sedikit sahaja takut tak termakan. Jika orang lalu dan teringin bolehlah ambil.




Kalau dulu suka sangat buat jeruk atau mencicah. Sekarang ini risau sakit perut pula. Biasalah faktor usia. Dulu arwah mak tak bagi makan terlalu banyak kerana nak belajar. Takut terlupa..hihi... Tapi kami makan jer sebab suka dan sedap ketika itu. Lagipun buah ini dan mempelam yang ada banyak di rumah.

Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 (Oktober – Disember 2025)

Assalamualaikum dan selamat pagi. Baru berkesempatan untuk join Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor ini.

  1. Syarat untuk menyertai segmen adalah seperti di bawah :-
  2. 1. Buat satu entri di blog dengan tajuk: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 (Oktober – Disember 2025).
  3. 2. Masukkan banner segmen dan backlink ke entri asal.
  4. 3. Tinggalkan link penyertaan anda di ruang komen entri.
  5. 4. Wajib FOLLOW BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR.

Tarikh tutup penyertaan segmen pada 30 September 2025. Untuk menyertai boleh  klik pada banner. Banyak faedah jika terpilih dalam segmen bloglist ini. Good luck !!