Khamis, 13 Ogos 2026

Pokok Pemberian Senior Tempat Kerja

Assalamualaikum dan selamat pagi. Cuba nasib minta pokok pada senior tempat kerja iaitu Angie. Keesokannya 19 Jun 2026 pokok selamat sampai.  Bosan lihat pokok yang ada di rumah rasa teringin ada tanaman baru.

Panjang pokoknya dan berduri.

Selamat ditanam dan sekarang masih hidup.

Rabu, 12 Ogos 2026

Makanan dalam Kuali Rentung

Assalamualaikum dan selamat petang. Cerita minggu lepas hari Khamis 6 Ogos 2026, kami balik dari kerja buka pintu terhidu bau hangit. Terus berlari ke dapur dengan cepat. Perasaan ketika itu memang cemas dan takut. Risau perkara tidak baik berlaku.

Apa yang paling dirisaukan jika ada api marak dan sukar dipadam. Tong gas meletup atau ada berlaku litar pintas dalam rumah. 

Apabila makin dekat menghampiri dapur kami memperlahan langkah. Ambil nafas dahulu kemudian pergi ke dapur gas. Ada api gas yang menyala, atasnya ada kuali berisi makanan. Suruh adik tutup api tersebut cepat-cepat. Adik laju sikit.


Alhamdulillah tiada api yang marak. Syukur sangat, memang tak tahu buat apa jika berlaku seperti itu. Tong gas pun minta abah atau adik lelaki tolong tukarkan. Bab gas dan elektrik memang takut sebab keluarkan api.

Mujur api yang menyala itu adalah kecil sahaja. Jika tidak memang tak sempat kami selamatkan. Abah kata dia buka api untuk panaskan lauk pukul 4.30 petang, kami sampai rumah hampir pukul 7 malam. 

Abah tak perasan api masih ada kerana tak nampak api. Dia tak ingat sama ada sudah tutup atau belum. Bila tak nampak dianggap tutup. Lewat sikit kuali boleh tembus. Abah hangatkan makanan supaya tidak basi untuk makan lagi nanti. 

Syukur tiada apa-apa berlaku. Moga dijauhkan. Abah pun tak tahu apa yang berlaku. Bila cerita dan tunjuk bukti baru abah tahu. Kena beritahu juga sebagai peringatan. Kena sama-sama beringat. Bila ada bau atau perkara yang pelik kena cepat-cepat ambil perhatian dan cari punca. Cerita juga pada adik lelaki agar lebih peka. Sekian.

Ahad, 9 Ogos 2026

Pembelian dan Infak Pakaian Terpakai

Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah masih berkesempatan menyumbang pakaian terpakai. Kali ini bukan pakaian sahaja tetapi sumbang beg dan kasut juga. Kebanyakannya adalah barangan adik lelaki. Pakaiannya sudah lama tidak disentuh kerana orangnya bekerja di Kuala Lumpur. Adik juga sudah beri keizinan. 


Ralat juga jika tidak sumbang sesuatu kerana tempat pengumpulan sudah dekat dengan rumah iaitu di Masjid Jamek Tanjong Piandang. Alhamdulillah sempat juga mengemas walaupun tahu agak lambat.


Ada tiga plastik pakaian, dua plastik mengandungi beg dan satu plastik kasut. Barang-barang yang tidak digunakan lagi jika disimpan akan rosak atau menjadi buruk juga. Lebih baik memberi sumbangan pada orang lain.