Selasa, 4 Ogos 2026

Pisang dan Cempedak Goreng untuk Tetamu

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari Ahad 2 Ogos 2026, jiran rumahku meninggal dunia. Abah panggil Pak Su Musa. Sudah lama terlantar sebab sakit tua. Memang rapat dengan abah dan baik orangnya. 


Abah suruh buat air dan pisang goreng untuk orang jauh yang datang menziarah. Kasihan dengan cuaca hangat lagi. Meninggal waktu tengahari dalam pukul 1 tengahari, malam baru dikebumikan.

Pisang dan cempedak goreng yang kurang menjadi. Macam manalah orang kedai masakkan. Walaupun sejuk tetap ranggup. Apalah resipinya. Harap habislah dimakan.

Khamis, 30 Julai 2026

Menu Tengahari 27 & 28 Julai

Assalamualaikum semua. Hari Isnin 27 Julai yang lalu kerja half day sahaja sebab teman adik service kereta. Sementara tunggu kereta siap, kami merayap dulu di Mydin Parit Buntar. Kami makan di Marrybrown. Lama sangat tak makan di situ.

Beli ayam dua ketul dengan disiram sos lada hitam. RM19.95 harganya. Makan dengan nasi lemak yang dibeli tepi jalan waktu pagi. Kalau tak makan risau basi pula.

Hari Selasa pula beli nasi kerabu dengan ayam masak kunyit. RM6 nasi kerabu ini. Sedap juga kombinasi nasi dengan lauk. Nanti boleh beli lagi. Alhamdulillah atas rezeki ini.

Selasa, 28 Julai 2026

Pertama Kali Mencuba Semperit Bandung

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pernah makan tak semperit bandung? Saya pertama kali merasainya. Menarik dan tertarik melihat warnanya. Mula-mula fikir semperit strawberi dan bila baca baru tahu semperit bandung. Senior tempat kerja iaitu Cindy, berikan pada kawan. Kami pun berkongsi makan.

Semperit ini sedap tapi saya kurang menggemarinya. Lagipun tengah diet kurangkan gula. Makan dua biji sahaja untuk mengetahui rasanya. 

Macam-macam perisa semperit sekarang. Perisa pandan, coklat, cheese dan sebagainya. Tetapi yang dirindui tetap perisa original. Resipi turun-temurun. 'Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas' resipi orang tua kita dahulu. Bahan yang mudah diperolehi dan juga senang untuk dibuat. Alhamdulillah...