Isnin, 27 Julai 2026

Ole-ole dari Pulau Pinang

Assalamualaikum dan selamat malam. Entri kedua untuk hari ini. Ole-ole dari Pulau Pinang iaitu key chain dan juga fridge magnet. BFF iaitu Ain yang berikan. Terima kasih Ain atas pemberian ini. 


Semoga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat dan sampai ke syurga. Amin. Tak ramai kawan tak mengapa asalkan ianya berkualiti dan memberi kesan positif. Sahabat dari sekolah menengah lagi. Alhamdulillah...

Hadiah Giveaway Meriahkan Piala Dunia

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Entri lama dan baru berkesempatan untuk tulis. Hadiah ini sampai pada 1 Julai 2026 yang lalu. Terima kasih kak Notie dari blog Saje Suka-Suka yang menganjurkan dan seterusnya memberikan hadiah kepada semua peserta. Memang agak lewat juga saya menyedari akan kehadiran giveaway meriahkan piala dunia ini. Boleh klik di sini untuk lihat senarai peserta dan klik di sini pula untuk lihat pemenang.

Terima kasih kak Notie memberi hadiah tumbler yang comel dan sangat berguna ini. Tumbler putih dengan rekaan ilustrasi pemain bola sepak Lionel Messi.

First time ada tumbler canggih begini, dilengkapi dengan suhu. Alhamdulillah dapat juga merasa hasil pemberian kak Notie. Terima kasih sangat. Moga dikurniakan kesihatan yang baik selalu dan dilimpahkan rezeki. Simpan entri ini untuk kenang-kenangan :)

Isnin, 20 Julai 2026

Rezeki Dapat Buah Rambutan

Assalamualaikum dan selamat malam. Lama juga rasanya tak menulis di blog. Masa berlalu begitu pantas. Pagi pergi kerja bila malam pula terlalu penat tak sempat menulis. Hari minggu pula sibuk urusan di rumah dan uruskan homestay baru yang akan dibuka.


Hari Ahad lalu, kakak pergi ke rumah kawannya bersama kawan-kawan yang lain. Mereka kait dan kutip buah rambutan. Jauh juga rumah kawannya itu pergi pagi, malam baru sampai rumah. Di mana? Tak ingat pula kakak beritahu. 

Alhamdulillah, puas sangat dapat menikmati buah rambutan. Oleh sebab terlalu banyak, berkongsi rezeki pula dengan rakan tempat kerja.

Baru tahu ada nama buah rambutan anak sekolah sebab kakak tempat kerja iaitu Kak La tanya, buah rambutan anak sekolah ke yang saya bawa? First time dengar dan terus Google.

Manalah tahu buah rambutan jenis apa. Yang tahu buah rambutan merah dan kuning... 😂