Jumaat, 22 Mei 2026

Ole-ole dari Sarawak

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Dapat ole-ole dari Sarawak. Sahabat dan kawan tempat kerja bagi.  

Ini sahabat beri, terima kasih Hajar.

Ini Adila bagi. Terima kasih sangat. Meriahlah pelekat magnet di rumah. Tak perlu beli pun tetapi diberi sebagai buah tangan. Alhamdulillah.

Khamis, 14 Mei 2026

Tebus Loaded Potato Sempena Birthday Mac 2026 di Ghalik Cafe

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini hujan dan tidak berhenti lagi. Lama sudah tidak hujan begini. Kisah bulan Mac lalu, tebus loaded potato percuma sempena hari lahir Mac di Ghalik Cafe. Pertama kali tebus di sini hanya tunjuk kad pengenalan sahaja. Tahun sebelum ini bulan puasa jadi tak berkesempatan untuk tebus.  Adik pun lahir bulan Mac juga jadi sambut dengan adik sekali. 

Cantiknya dan memang tak lepas peluang  bergambar di situ.


Menu birthday setiap bulan adalah berbeza
Bulan Mac 2026  Loaded Potato

Loaded potato untuk saya dan juga adik
Terima kasih Ghalik Cafe
Moga tahun depan ada lagi :)

Rabu, 13 Mei 2026

Hadiah Birthday 🎈 2026

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari lahir sudah lama berlalu iaitu 28 Mac yang lalu, tetapi baru teringat nak tulis di blog. Nak delete gambar ini dan simpan kenangan di blog.


Satunya-satunya hadiah yang diperolehi. Alhamdulillah masih ada rezeki. Terima kasih pada memberi.  Teman alam maya kenal di Facebook dan baru sekali bersua muka. Terima kasih sangat.