Ahad, 5 April 2026

Buah Tembikai Kuning Ketiga

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Baru dapat dua hari puasa sunat di bulan Syawal. Masih panjang lagi perjalanannya. Moga dapat habiskannya dengan baik.


Tembikai kuning ini lebih kecil daripada sebelum-sebelum ini. Pokoknya nak mati jadi petiklah buahnya. Memang tak dapat jangka bila buah sesuai dipetik. Kalau pokok tak mati pasti buruk buah ini tidak diambil.

Muat telapak tangan sahaja. Gigit sikit-sikit agar lambat habis. Keseronokan tanam sendiri walaupun hasilnya tidak seberapa. Simpan untuk kenangan :)

Khamis, 26 Mac 2026

Sampul Duit Raya RHB dan Affin Bank 2026

Assalamualaikum dan selamat pagi. Tahun ini dapat sampul duit raya dari RHB Bank dan Affin Bank.


Pihak Affin Bank datang ke kilang kerana bos nak buat loan. Mereka beri sampul raya.


HR tolong tukar duit raya kerana kebetulan dia membawa pekerja membuka akaun bank. Terima kasih daun keladi, tahun depan minta tolong lagi :)


Duit raya untuk tahun ini. Setiap corak mempunyai jumlah yang berlainan. Untuk family dan anak kawan sahaja.


RM10 = RM200
RM5 = RM50
RM1 = RM50

Selasa, 24 Mac 2026

Buah Tembikai Kuning Kedua

Assalamualaikum dan selamat tengahari. Buah tembikai kuning kedua, terpaksa petik kerana pecah.  Mula-mula angkat sedikit buah tembikai nak tengok sudah boleh petik atau belum. Nak letak balik di tanah terhempas sikit dan pecah. Nak tak nak terpaksalah petik juga. Kalau dibiarkan pasti busuk.

Buah paling besar yang ditanam


Mujur ada juga warna kuningnya. Manis dan lembut isinya. Makan masa berbuka puasa hari terakhir Ramadhan.