Jumaat, 6 Mac 2026

Menu Berbuka 15 Ramadhan 1447H

Assalamualaikum dan selamat pagi. Menu berbuka 15 Ramadhan. Kakak sulung masak mee sanggul goreng. Beri pada abang dan kak ipar sikit yang tinggal di sebelah rumah.

Mewah dengan kuih-muih lagi kerana kakak pun beli juga kuih. Abah memang tiap-tiap hari beli. Kakak masak ikan masak asam untuk sahur. Alhamdulillah, tak kalutlah kami di dapur sebab ada kakak. Hari ini kakak sudah pulang ke rumahnya kerana kerja.

Khamis, 5 Mac 2026

Menu Berbuka 14 Ramadhan 1447H

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini masuk hari ke-15 umat Islam berpuasa. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Memperbanyakkan lagi amal ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Menu berbuka 14 Ramadhan. Kakak sulung masak bihun goreng. Mewah dengan kuih-muih, abah dan kakak yang beli. 

Ini pula menu 13 Ramadhan, rebus tulang 🐮 untuk membuat sup. Bukan main lama kena rebus. Sahur baru boleh makan kerana mula rebus pukul 6.30 petang.

Jumaat, 27 Februari 2026

Menu Berbuka 8 Ramadhan 1447H

Assalamualaikum dan selamat pagi. Menu berbuka 8 Ramadhan. Abah beli ketam, adik buat masak lemak cili padi. Goreng telur sikit dan siap. Itu sahaja yang sempat disediakan dalam masa yang singkat.  


Petik sayur selom belakang rumah. Daripada ulat makan baik petik cepat-cepat. Sekarang pada tanaman ada ulat daun dan ulat bulu. Serangga lain pun ada, tiada idea cara nak hapuskannya. Kadang rasa stress juga tanaman rosak. Nak buat macam mana serangga pun nak cari makan juga..haha..