Khamis, 15 Januari 2026

Hadiah Giveaway Baju Raya Berlace

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini sampai sudah hadiah giveaway baju raya berlace pemberian Kak Notie di blog Saje Suka-Suka. Boleh klik di sini untuk lihat senarai pemenang. Mula-mula fikir tiada rezeki kerana tiada kotak komen. Mungkin sudah penuh dan komen pun ditutup. 


Kemudian masuk lagi di blog Kak Notie untuk lihat pemenang. Belum juga diumumkan pemenang dan ruang komen pun tiada juga. Asyik buka dan tutup sahaja blog Kak Notie. Akhirnya ruang komen pun ada dan sudah ada yang komen. Memang tak disangka masih ada rezeki rupanya. Alhamdulillah...


Cantik sangat kainnya. Terima kasih Kak Notie atas pemberian ini, moga dilimpahkan rezeki selalu. Ambil gambar waktu malam dan agak kabur. Sudah lama tak tempah baju. Tak sabar untuk melihat hasilnya. Hadiah pertama 2026 di blog :)

Jumaat, 9 Januari 2026

Chop Nama Buku Sekolah


Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu ini terutamanya kaum ibu pasti sibuk menguruskan persiapan akhir anak-anak untuk ke sekolah. Ramai kawan-kawan yang post di whatsapp mengenai persiapan mereka itu. Beli baju, beg, buku, tulis nama pada buku sekolah, isi borang dan juga ada yang sudah siap iron baju sekolah.

Ada juga yang menyatakan suatu penyesalan bila beri nama anak terlalu panjang. Nak tulis nama pada buku sekolah baru terasa. Ada yang tak perlu tulis tetapi chop nama atau tampal pelekat di buku sekolah. Rasanya chop lebih jimat kerana boleh digunakan sampai habis sekolah. Pelekat boleh guna sekali sahaja. Itulah ragam sebelum persekolahan baru bermula. 

Gambar di atas adalah chop yang digunakan untuk chop nama anak di buku sekolah. Kreatif ibubapa sekarang. Tak perlu tulis tangan lagi. Buku teks pun boleh chop sahaja. Jimat dan mudah.

Rabu, 31 Disember 2025

Rezeki Tersalah Alamat

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini menikmati kacang gajus yang ranggup dan enak ini. Bersalut gula, garam dan ada sedikit susu rasanya. First time rasa kacang gajus begini. 

Rezeki salah alamat sebenarnya. Seseorang dikenali telah salah pilih alamat. Perkara nak jadi. Nak pulangkan kembali katanya tak perlu. Jadi ucap terima kasih sahajalah.

Bukan kacang gajus ini sahaja tetapi ada barang yang lain lagi. Nanti tulis di entri yang seterusnya jika berkesempatan. Terima kasih awak, semoga dilimpahkan rezeki selalu..