Assalamualaikum dan selamat petang. Baru berkesempatan untuk join Segmen Refresh Bloglist 2026 ini. Tamat pada 26 Disember 2026. Tulis entri guna handphone sahaja kali ini, tak sempat nak buka laptop lagi.
Khamis, 25 Disember 2025
Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #2 (Januari - Mac 2026)
Assalamualaikum dan selamat petang. Kali kedua join segmen pencarian bloglist di blog ini. Segmen yang pertama dulu berjaya menjadi salah seorang yang bertuah. Alhamdulillah.
Harap kali ini berjaya juga. Nak join klik pada imej. Tamat pada 28 Disember 2025. Jom sama-sama memeriahkan segmen ini :)
Selasa, 23 Disember 2025
Bekal 23 Disember 2025
Assalamualaikum dan selamat petang. Sudah dua hari bawa bekal nasi goreng ke tempat kerja. Goreng pagi-pagi walaupun rasa agak kalut.
Tumbuk bawang putih dengan ikan bilis. Tumis dan masukkan cabai mesin. Stok cili padi sudah habis di rumah. Guna cili kering mesin sahaja. Letak garam dan serbuk Hilal sedikit. Sarapan dan bawa juga bekal nasi goreng ini.
Beli kuih sikit, alhamdulillah kenyang. Masalahnya lepas makan rasa mengantuk pula. Sukar juga nak tahan mata dari terpejam. Mata jadi pedih. Dugaan..


