Khamis, 14 Ogos 2025

Kisah Benih Pokok Kunyit

Assalamualaikum dan selamat petang. Entah kenapa bila ditempat kerja ada saja idea nak menulis sesuatu. Bila di rumah rasa nak tidur dan berehat sahaja. Mood nak menulis itu tiada.

Sebenarnya sudah lama teringin nak tanam pokok kunyit tetapi tiada benih. Di luar memang ada jual anak pokok kunyit tetapi rasa nak tanam sendiri dari mula. Lagipun takut anak pokok yang dibeli itu mati. Habis rugi.. haha..

Tanya kawan-kawan ada tak pokok kunyit. Kebanyakan mereka sibuk dan ada pokok yang baru nak tumbuh semula kerana serangan penyakit. Jadi tiada harapan nak dapat benih free..haha..


Kemudian cubalah melalui kaedah di atas. Beli kunyit di Econsave. Selalu pastikan tisu lembab agar naik tunas. 

Setelah beberapa hari, rasa terlalu lama dan tak menunjukkan tanda positif. Terfikir nak beli tanah hitam sawit dan orang yang menjual tanah itu turut menjual anak pokok kunyit. 

Sudah tanya berapa harga tanah. Beritahu pada penjual jika saya nak order tanah saya akan transfer duit. Minta nombor akaun bila nak beli terus transfer. Dia pun memberi nombor akaun.

Teringat pula ada pembekal tanah sawit seorang lagi. Waktu dulu suka mesej dengannya. Namanya Nor. Tanya harga tanah hitam sawit. Harga lebih murah dari yang pertama. Tanya pula ada anak pokok kunyit tak? Anak pokok terung adalah katanya. Tanya lagi ada pokok kunyit tak? Ada jawabnya. Saya tanya nak sikit benih boleh tak? Dia kata boleh.. free ke? Yer free.. apalagi terus tempah tanah hitam sawit dengannya.


Alhamdulillah sangat baik orangnya. Dia terus tanam dalam bekas polibeg. Tak perlu susah-susah nak tanam. Ingatkan kena tanam sendiri. Dengan tanah sekali dia bagi. Katanya sedekah.. Terima kasih Nor. Moga murah rezeki selalu.

Rabu, 13 Ogos 2025

Masak Cempedak Goreng

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kelmarin selepas balik kerja, siram-siram pokok. Kemudian terus ke dapur mengerjakan buah cempedak ini.

Belah perutnya untuk keluarkan isi. Ketat juga kulitnya. Rasa mencabar juga dengan bergetah pula. Habis tangan dan pisau bergetah.

Akhirnya, inilah hasilnya. Walaupun buahnya kecil tapi manis. Cukup untuk kami berlima.

Setelah digoreng, makan juga sedikit walaupun tak boleh makan sangat. Abah yang beli buah cempedak ini. Kalau nak beli sendiri memang taklah sebab kena pantang makanan berangin.

Selasa, 12 Ogos 2025

Restoran Nasi Kandar Ali Parit Buntar

Assalamualaikum dan selamat pagi. Cerita hari Ahad lalu, ambil adik terus singgah ke restoran nasi kandar Ali. First time cuba sebenarnya kerana adik kata sedap. 


Kami beli bungkus sahaja. Nasi kandar ayam goreng kuah campur. Memang banjirlah kuahnya. 




Kemudian beli lauk sahaja juga. Nanti boleh repeat order lagi sebab sedap. Ayah kawan adik yang suka sangat nasi kandar ini. Dia selselalu belikan untuk ayahnya.