Selasa, 5 Ogos 2025

Ular Salin Kulit Dalam Rumah

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari Ahad malam, ketika menonton televisyen terpandang sesuatu di dinding. Apa benda itu? Kulit ular atau ular? Nak kepastian daripada adik.

Adik kata nampak macam kelabu putih, mungkin kulit ular. Lagipun tak bergerak. Kami pun sambung menonton televisyen.

Gambar yang dizoom. Aduhai, dalam hati rasa risau. Dalam rumah pun ular boleh masuk. Siap panjat lagi. Abah kata ular biasa yang tangkap cicak. Bukan ular senduk atau yang berbahaya. Nama pun ular, mana boleh tak risau..huhu..

Isnin, 4 Ogos 2025

Siapa Punya Angkara?

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sudah dua malam adik tidur di kampung. Pagi ini baru akan balik ke rumahnya di Bagan Serai. 

Tengoklah apa yang terjadi. Habis kena gigit. Lipas atau tikus punya angkara? Baru dua malam tidur kampung, sudah jadi begini.

Anak saudara tak tahu lagi. Ibunya tak bawa lebih puting. Ayahnya pun tiada. Harap dia okeylah. Nak beli pun kena ambil masa juga.

Ahad, 3 Ogos 2025

Coffee Lover Giveaway

 Assalamualaikum semua. Mummy Ayu lancarkan Coffee Lover Giveaway. Nak tahu lebih lanjut syarat-syaratnya boleh klik pada banner di bawah. Tamat pada 13 Ogos 2025. Jom sama-sama memeriahkan giveaway ini :)


Kenapa patut dipilih sebagai pemenang Coffee Lover Giveaway? 

Sebenarnya sangat suka minum kopi. Suka dengan aroma bau dan rasanya. Aromanya yang memikat membuatkan orang yang jauh pun boleh datang mendekat. Itulah kehebatan dan kelazatan kopi. Diharap dapat dipilih menjadi pemenang sebagai kenangan manis menyertai giveaway.