Sabtu, 21 November 2020

Pokok Kunyit Berbunga?

First time tengok bunga pokok kunyit. Tak sangka pula pokok kunyit ada bunga. Bunganya boleh pula dimakan, saya search di google. Tapi saya tak makan sebab tidak biasa...

Alhamdulillah, pertama kali tanam pokok kunyit dan hidup dengan sihat. Walaupun banyak serangga perosak cuba untuk memusnahkannya tetapi ia kembali pulih.

 

Hobi menanam pokok memang dapat mendamaikan jiwa terutama pokok kita sihat membesar.

 

Mak kata mungkin pokok kunyit sudah tua dan mengeluarkan bunga. Tiba-tiba ada bunga setelah beberapa hari hujan dan tidak melihat pokok ini.

 

 
Simpan di sini sebagai kenangan. Sekian...

Mesin Perangkap Nyamuk Free

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat bekerja kepada mereka yang bekerja pada hari ini. Hujan lebat membasahi bumi dari pagi tadi sekitar pukul 10 hingga sekarang. Mati akal dibuatnya bila banyak kerja yang harus dibuat tertangguh. Kerja apa? Mengemas rumah lama yang berselerak tetapi nak pergi ke rumah sana pun agak sukar kerana hujan.

Inilah dia perangkap nyamuk yang diperoleh setelah mendengar mengenai insurans AIA dibuat melalui video call. Namanya Chen dari AIA, nombor telefon 016-385 9788. Jika anda mahu keterangan lanjut mengenai AIA boleh hubungi nombor tersebut.

Pada mulanya tak tahu juga kena buat video call baru dapat mesin perangkap nyamuk. Tapi bila free time, teruskan sajalah.

Video call ambil masa dalam 30 minit juga sebab banyak bertanyakan soalan. Sekurang-kurangnya dapat juga tahu apa itu AIA. Tiada paksaan dalam pembelian.

Nampaknya tak keringlah baju hari ini kerana hujan masih belum berhenti. Baju yang ada pun walaupun sudah kering airnya tetapi masih terasa lembab sebab faktor cuaca yang sejuk.

Ahad, 15 November 2020

Pokok Hiasan dari Office

Assalamualaikum dan selamat berehat di hujung minggu ini. Sejak akhir ini, saya dan keluarga terlalu sibuk. Kami diuji dengan keadaan kesihatan mak. Mak tak boleh jalan dan hanya berkerusi roda. Nak pergi ke tandas juga perlu dibantu. Semoga mak cepat sembuh.

Kami adik-beradik mengambil keputusan pindah di rumah baru kerana lebih selesa dan mudah untuk ke tandas. Rumah lama dan rumah baru hanya bersebelahan sahaja. Jadi tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Jika rindu rumah lama, boleh singgah sebentar.

Pokok yang saya minta pada anak bos. Anak bos pula tanya pada ibunya. Geram sangat tengok pokok ini. Lagipun ada dua lagi di pejabat. Harap ia membesar dengan sihat.

Risau juga kalau mati kerana malam tadi hujan lebat. Nak selamatkan pun tidak sempat. Memang suka sangat pokok yang berdaun begini. Walaupun tak berbunga tapi tetap cantik :)