Khamis, 11 September 2025

Ole-ole dari Xinjiang, China

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ini dapat ole-ole daripada bos sempena percutiannya ke Xinjiang, China. Alhamdulillah dapat juga buah tangan dari bos.

Isi dalam ada bunga lavender kering. Wangi sangat baunya. 
Boleh letak dalam bilik tidur nanti.

Kumpul yang kawan-kawan juga untuk ambil gambar. 
Rambang mata nak pilih yang mana. Pilihan hati kali ini pilih warna kuning. 

Maksudnya 
Renungkan

Maksudnya
Bertenang dan tanam diri
Berjimat cermat memupuk budi

Rabu, 10 September 2025

Penantian Cuti Panjang

Assalamualaikum dan selamat pagi. Lagi dua hari lagi nak bercuti panjang. Sabarlah duhai hati. Harinya pasti akan tiba. 4 hari cuti bermula Sabtu hingga Selasa. Tidak ke mana-mana tetapi duduk di rumahku syurgaku.

Buka komputer muncul gambar ini. Comel pula nampak.

Pagi tadi budak sekolah rendah merentas desa. 

Pegawai polis menjaga laluan di Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh. Nak tanya, sanggup tak lalu depan polis jika tidak memakai helmet? Atau terus undur?

Selasa, 9 September 2025

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming

Assalamualaikum dan selamat petang. Tak pandai nak review produk atau makanan, lebih suka bercerita sahaja. Adik bongsu suka sangat produk viral. Beria nak beli rendang nyet berapi Khairul Aming. Katanya 'FOMO' kalau tak beli. Ada saja jawapannya. 


Sekali dua dia beli. Harga asal RM18 tapi bila dapat harga murah sedikit, terus beli dua. Tapi beli secara berasingan.


Bungkusan pertama dapat rendang yang hancur. Daging ayamnya hancur tak nampak bentuk tetapi rasa masih sedap. Bungkusan kedua daging ayamnya tidak hancur. Mula terfikir yang pertama mesti reject. Kalau tahu boleh buat aduan, kenapa isinya hancur.

Bungkusan kedua pula bocor, keluar minyak. Jadi buat aduan dan dapat rendang yang lain. Adik beli di Shopee. Tak dinafikan memang sedap rendangnya seperti mak dan tok kita masak. Tapi, kak ipar sebelah rumah pun pandai masak rendang ini. Pernah Kak Su bagi rendang rasanya seakan sama, adik kata lebih sedap. Boleh tempah pada Kak Su sajalah nanti :)