Ahad, 14 Jun 2020

Pendapatan Harian Google Adsense Paling Tinggi

Setakat hari ini, sebanyak USD 0.57 sahaja merupakan pencapaian harian tertinggi saya dalam Google Adsense. Itupun disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga bulan puasa.


Jika tidak USD 0.01 pun sukar untuk diperoleh. Untunglah Sugu Pavitra berjaya memperoleh pendapatan dari Google Adsense. Tahniah hasil dari kerja keras anda. Video Sugu Pavitra memang terbaik dan ikhlas menyampaikan ilmu. Berharap semoga saya juga dapat merasa pendapatan dari Google Adsense. Amin...

Ahad, 7 Jun 2020

Kenangan Ramadan Tahun 2020

Ramadan telah pun lama berlalu dan kini Syawal pula kembali. Walaupun Syawal kali ini sangatlah hambar tetapi tetap dirai dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi. Kenangan Ramadan? Alhamdulillah puasa kali ini diberi kesihatan yang baik. Semua ahli keluarga yang sepatutnya ada sentiasa bersama. Jika tiada PKP pasti adik akan berpuasa di universiti. Mujur dia sempat pulang sebelum kebenaran pulang oleh pihak universiti ditarik balik.


Juadah berbuka puasa yang bagi saya cukup banyak dan sukar untuk dihabiskan. Puas sangat makan kuih di bulan puasa ini. Alhamdulillah...


Jenis makan layan diri, ambil makanan banyak-banyak letak dalam pinggan  :)

Selasa, 26 Mei 2020

Sampel Percuma daripada Nestle

Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadan dan juga musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dapat sampel percuma daripada Nestle. Dihantar dengan mengunakan perkhidmatan GDEX. Mula-mula pelik juga siapa pula yang hantar sebab semua barang online yang dibeli sudah sampai. Dapat mesej daripada GDEX mengatakan barang akan sampai hari ini.

Terima kasih GDEX kerana bersusah payah menghantar parcel ini. Susah juga nak cari rumah sampai telefon berulang kali.

Terima kasih Nestle kerana memberi sampel percuma ini...

Sampel Percuma daripada Nestle
Macam-macam ada terima kasih sangat. Memang saya akan terus setia menggunakan produk Nestle :)