Ahad, 10 Mei 2026

Jagung Susu Manis dan Buah Strawberi dari Cameron Highlands

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari Rabu lalu adik pergi ke Cameron bersama suami dan keluarga mentuanya. Pesan pada adik beli buah strawberi sebab sudah lama tak makan. Esoknya iaitu hari Khamis, balik dari kerja sudah ada buah strawberi dalam peti ais di rumah. Adik kata kena hantar  cepat risau lembik.


Jagung susu manis 5 tongkol RM 10, buah strawberi juga RM10. Adik beli sebagai ole-ole. Alhamdulillah puas makan sebab makan berdua sahaja.


Biasalah manis stawberi ada masam dan manis. Begitulah juga kehidupan ada kisah yang gembira dan ada yang sedih. Semuanya harus dilalui dengan sebaiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan