Assalamualaikum dan selamat malam. Siang tadi sibuk dengan aktiviti berkebun. Tukar tanah di dalam pasu dan juga menanam pokok sup dan pokok kunyit. Harap hidup dengan subur. Inilah dia almari buku antik. Ianya wujud sebelum kewujudanku lagi. Tahan sampai hari ini. Cuma sebelah pintu sahaja yang tercabut, tiada orang nak baiki.
Kemas-kemas buku kerana tukang alihkan almari untuk menukar dinding bilik. Baiki bilik pada 15 Mei 2025 yang lalu. Esoknya baru kemas almari buku dan juga barang lain.
Banyak buku dan majalah lama yang sudah tidak diusik. Di dalam almari ini hanya terpilih sahaja, yang lain simpan dalam kotak. Jika tidak tak muat almari. Kumpul banyak-banyak baru dikitar semula.