Ahad, 26 Oktober 2025

Nak Buat Apa Dengan Bekas dan Perhiasan Hantaran?

Assalamualaikum dan selamat petang. Tiba-tiba elektrik terputus. Sudah lama tidak berlaku begini. Bateri handphone ada separuh lagi. Jika digunakan sekejap sahaja habis. Semoga cepatlah ada elektrik kembali.

Barang hantaran yang telah dibuka. Bunga dan perhiasannya nak disimpan atau buang?

Bekas plastik yang lutsinar, nak buat apa?


Bekas yang sesuai boleh digunakan semula contoh bakul plastik. Setakat ini semua barang simpan dalam kotak sahaja. Tunggu hari untuk dibuang jika betul-betul tak digunakan lagi. 

Jumaat, 24 Oktober 2025

Bon Appetit, Your Majesty

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini hujan sudah berhenti. Moga air banjir cepat surut di kawasan yang terlibat. Selesai juga menonton cerita Korea Bon Appetit, Your Majesty. Kesemuanya ada 12 episod.


Memang suka tengok cerita masak-masak. Apatah lagi makanan yang enak dan dihias cantik. Happy ending ceritanya, akhir mereka bersama juga. Lepas ini tak tahu nak mula cerita apa pula. Suka menonton waktu rehat semasa hari bekerja. 

Selasa, 21 Oktober 2025

Kucing Pun Suka Makan Telur?

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat bekerja pada yang sudah mula bekerja. Sekolah masih cuti. Semoga anak-anak menggunakan masa yang ada sebaiknya.

Kucing pun suka telur? Kucing Pinn Yang curi makan telur goreng yang letak di bawah tudung saji. Ia angkat tudung saji untuk dapatkan makanan. Jika ada pemberat di atas tudung saji, ia akan tolak tudung saji sehingga semua jatuh ke lantai. Banyak pinggan dan piring kaca sudah terkorban.

Ini pula ia curi bunga telur yang berada di atas pelamin. Banyak juga yang rosak dikerjanya.

Screenshot dari TikTok. Video asal telah dibuang. Kucing Pinn Yang ini juga telah membawa lari satu plastik telur mentah. Ia suka juga makan telur mentah. Akhirnya kami buat keputusan untuk membuangnya. Kucing ini datang sendiri ke rumah. Mungkin kena buang juga sebelum ini.