Isnin, 20 Oktober 2025

Sumbangan Pakaian Terpakai 3.0

Assalamualaikum dan selamat pagi. Cuti sempena Hari Deepavali. Happy Deepavali diucapkan pada mereka yang merainya. Hari ini hujan lebat. Baru sembang dengan best friend kelmarin, katanya tiap-tiap tahun hari Deepavali mesti hujan. Kesimpulannya jangan buat majlis kenduri semasa hari Deepavali. 😄😄😄

Kelmarin sebelum keluar makan bersama BFF, hantar dulu pakaian terpakai. Dua khemah disediakan untuk menempatkan pakaian dan barangan terpakai ini.

Adik tolong ambilkan gambar. Sumbangan pakaian terpakai wanita lebih banyak daripada pakaian lelaki.
 
Dapat kumpul sedikit sahaja sebab pernah sedekah sebelum ini. Plastik besar ambil dari kilang. Ini pun sudah terasa beratnya.

Ahad, 19 Oktober 2025

Bakar Sofa Buruk

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini nak hantar pakaian terpakai di masjid Tanjung Piandang. Petang pula nak keluar makan bersama sahabat. Semoga semua urusan dipermudahkan Allah.

Sofa arwah mak, kakak yang belikan. Kami biarkan lama situ hingga reput. Kalau arwah ada, dia tak suka buang barang. Selagi boleh guna akan digunakan sampai rosak. Jika rosak sikit-sikit akan dibaiki dan boleh guna walaupun tidak cantik pada pandangan mata. Kakak pula jika nak beli sofa lain kena buang sofa yang lama. Itu syaratnya. Jadi tak bergantilah sofa di rumah kami.

Alhamdulillah adik tolong bakar. Sedaplah sedikit mata memandang selepas ini. Risau ada tikus atau ular 🐍 bersembunyi. Ada projek sebenarnya nak buat di situ. Nanti akan update di entri seterusnya.

Khamis, 16 Oktober 2025

Jajan dari Indonesia: Keripik Apel dan Nangka

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semoga hari ini lebih baik dan indah dari semalam. Dipermudahkan segala urusan kita, dikurniakan ketenangan serta kesihatan yang baik.

Keripik Apel dan juga nangka. Ole-ole dari Indonesia. First time mencuba keripik apel. Keripik nangka pernah cuba sebelum ini.

Bagi pendapat kedua-dua keripik ini tidak memenuhi citarasa kami sekeluarga. Kami agak kurang menggemarinya. Mungkin untuk golongan remaja lebih menyukai jajan seperti ini.

Keripik Apel tidak terlalu ranggup sesuai untuk dimakan oleh orang tua. Rasanya rasa manis epal iaitu tidak terlalu manis. 

Keripik nangka pula agak keras dan tidak sesuai untuk orang tua dan kanak-kanak. Rasanya memang manis. Beri pada adik untuk mencubanya.