Jumaat, 10 Oktober 2025

Pisang Goreng Strawberi Cheese

Assalamualaikum dan selamat petang. Pemberian abang pisang goreng strawberi cheese ini. Pertama kali merasainya. 

Pisangnya kurang manis, yang buat manis filling strawberinya. Kalau letak sikit memang sedap dan secukup rasa. Tapi ini sudah terlajak manis.

Kena buang sedikit filling strawberinya baru boleh makan. Apa-apa pun terima kasih pada yang memberi. Kalau nak beli sendiri kena minta kurangkan filling strawberinya barulah nikmat. 

Sayur Pucuk Ubi Kerinting

Assalamualaikum dan selamat pagi. Tengok kawan update status Whatsapp hasil tanaman di kebunnya. Tertanya-tanya sayur apakah ini? Katanya pucuk ubi kerinting. Pertama kali tengok pucuk ubi ini.

Ia merupakan spesis ubi kayu juga tetapi jenis kerinting. Pokoknya tiada ubi. Orang tanam untuk ambil pucuknya sahaja dijadikan sayuran.

Pucuk ini tidak seperti pucuk ubi biasa yang mempunyai rasa yang agak pahit tetapi pucuk ubi kerinting tiada langsung rasa pahit.

Khamis, 9 Oktober 2025

Cheese Tart Untuk Adik

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini ribut dan hujan. Tapi pukul 8 pagi sudah berhenti hujan. Adik bongsu teringin nak makan cheese tart. Jadi pada 24 September yang lalu terus order untuknya. 

Nanti teringat pula bila dia berada di USIM nanti. Apa yang mampu, bolehlah ditunaikan. Permintaan untuk makan meatball IKEA belum kesampaian lagi.

Ambil yang biasa 25pcs RM35. Jika yang gemuk-gemuk 25pcs RM60. 

Bagi sikit pada abang dan kakak ipar sebelah rumah. First time memberi. Selalu asyik terima sahaja.