Assalamualaikum dan selamat pagi. Ole-ole dari Bali, Indonesia. Kawan sekerja hadiahkan iaitu Anis. Dia pergi bercuti bersama kawannya pada bulan Februari 2025 yang lalu.
Terima kasih atas pemberian ini. Bertambahlah koleksi dalam almari. Alhamdulillah..Sabtu, 26 April 2025
Jumaat, 25 April 2025
Cerita Menjelang Syawal 2025
Assalamualaikum semua. Entri kedua untuk hari ini. Kisah pada bulan Ramadhan. Balik dari kerja, nampak ada biskut atas meja. Rupanya kakak singgah sekejap untuk hantar biskut dan mercun. Sempatlah kakak kemas homestay dan bersihkan apa yang patut.
Biskut samperit masih belum dibuka hingga kini. Kenapa? Sebab susah nak buka. Kejap sungguh. Lagipun biskut lain pun banyak lagi. Bolehlah bawa semasa jamuan raya di kilang nanti.
Mercun memang adik ipar kakak suka beli. Kalau ikutkan takut tapi orang bakar kena hadap jugalah. Risau terkena rumah. Mujur ada satu ini sahaja..haha..
Gagahkan diri untuk buat simpul kasih. Tapi sayang salah pilih kulit popia, jadi menggerutu bila digoreng. Goreng pula terlajak garing, jadi pahit. Hingga hari ini masih ada setengah balang lagi. Itupun ada rasa masuk angin sedikit kerana kurang ranggup. Terbebel pula di sini. Harap tidak bosan berkunjung di blog ini.. :)
Biskut Raya dari Whiz International 2025
Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini tak pergi kerja kerana kurang sihat. Bila malam sakit ini makin teruk, asyik bersin sahaja. Semoga cepat sembuh tanpa perlu makan ubat terutama antibiotik. Sebelum raya lagi Whiz beri biskut raya pada adik. Baru berkesempatan untuk update di blog. Itupun kerana nak clearkan gambar di handphone.
Langgan:
Catatan (Atom)