Ahad, 17 Mac 2024

Menu Berbuka Ramadan ke 4 dan 5

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ini merupakan hari ke enam umat Islam berpuasa. Alhamdulillah... Semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah.

Menu berbuka Ramadan ke empat iaitu nasi kerabu. Beli di Bazar Tanjung Piandang, RM10. Sedap juga kerana sudah lama tidak makan nasi kerabu.
 
Abah beli kuih-muih juga untuk berbuka. Alhamdulillah... Nak buat kuih sendiri pasti tidak habis makan. Jadi daripada membazir lebih baik beli sahaja.

Menu berbuka puasa Ramadan ke 5 iaitu laksa sebagai menu utamanya. Bila makan laksa, tak makan lagi nasi. Laksa sudah cukup mengenyangkan. Nasi makan ketika bersahur nanti. Laksa terlajak banyaklah pula, ada lagi satu bekas aiskrim dalam peti sejuk. Nanti buka puasa boleh makan lagi :)

Khamis, 14 Mac 2024

Menu Berbuka Ramadan Ke 2

Assalamualaikum dan selamat malam. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam. Hari ini 3 Ramadan tetapi update menu untuk 2 Ramadan. Masa terlalu mencemburui, tak sempat nak update. 

Troli makanan untuk dihantar dari dapur ke meja makan. Tak perlu ulang-alik banyak kali untuk mengambil makanan. Jimat masa dan tenaga.
 
Inilah menunya, ringkas tapi mengenyangkan. Menu ikan dan sayur adik yang masak manakala kerang abang masak. Alhamdulillah... Ada masa ambil gambar menu yang lain pula :)

Ahad, 10 Mac 2024

Mengemas Rumah Untuk Persediaan Ramadan

 Assalamualaikum dan selamat malam semua. Nak menulis tetapi badan dan fikiran rasa terlalu penat. Menulis santai-santai agar blog sentiasa diupdate. Bermula hari Sabtu 9 Mac 2024, kemas dua buah peti sejuk. Buang makanan yang sudah lama dan tidak diperlukan lagi. Bersihkan segala kotoran di dalamnya. Cicak yang sudah mati pun ada dalam peti sejuk. Bilanya masuk pun tidak tahu. Betapa kotornya peti sejukku.

Minggu lepas menyapu rumah atas. Mengemas ruang tidur arwah mak dahulu. Abah jarang tidur di situ jadi kena kemaskan apa yang patut. Anak cucu pulang baru abah akan tidur di rumah atas. Banyak tahi cicak dan bersawang. Bila sudah bersih, sejuk mata memandangnya walaupun tahu kebersihannya itu tidak akan bertahan lama.

 
Gambar tiada kaitan dengan cerita. Sekadar iklan. Hari Ahad 10 Mac 2024 pula mengemas dapur. Sapu dan mop lantai. Penatnya sampai ke malam. Harap esok pagi baik-baik sahaja. Itulah persediaan Ramadan agar lebih bersemangat untuk ke dapur. 

Amal ibadat juga tidak dilupakan. Insya Allah hari Isnin akan bentangkan karpet untuk solat terawih di rumah agar lebih selesa. Moga Allah permudahkan urusan untuk beribadat.