Isnin, 30 Jun 2025

Air Tangan Kak Ipar Bahagian 1 2025

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Entri ketiga untuk hari ini. Sengaja letakkan bahagian, jika ada rezeki boleh masukkan bahagian kedua pula. Panas betul cuaca hari ini, nak tidur pun tak boleh. Alhamdulilah sejak abang kahwin dapat pelbagai menu dari kak ipar. Ada seorang jer abang jadi ada seorang sahajalah kakak ipar.

Masak lemak pucuk ubi kayu dengan ikan pekasam kurang masin. Masak lemak ubi memang jarang sangat makan kecuali ketika arwah mak ada.

Ikan keli goreng pun ada. Makan dengan nasi panas memang sedap.

Masak lemak pucuk ubi kayu campur dengan satu lagi sayur. Tak pasti sayurnya.

Asam pedas keladi dan juga ikan sardin goreng.

Keladinya empuk, tak rasa gatal dan memang enak.

Mee goreng kak ipar bagi ketika menyiram pokok di tepi rumah. Rezeki di pagi hari, alhamdulillah...

Hari lain pula bagi lagi asam pedas keladi. Bagi selalu pun tak apa sebab memang tak puas makan :)

Wadai kepeng durian, masakan orang banjar. 

Secukup rasa tak terlalu manis, jadi boleh makan banyak...

Tiga sekali bagi kerana buat aktiviti makan-makan bersama kawan kak Su. Kami yang duduk sebelah dapat merasa sekali. Alhamdulillah..

Bubur jagung dengan sagu, ikan masak sambal dan juga wadai kepeng nangka. Alhamdulillah.. Terima kasih kak Su kerana beri pada kami semua. Semoga Allah membalas segala kebaikan kak Su sekeluarga. Makanan semua sedap-sedap, tiada kekurangan. Nanti bolehlah belajar masak dengan kak :)

Teringin Nasi Kerabu Lagi

Assalamualaikum semua.. Entri kedua untuk hari ini. Pada 22 Jun 2025 ada pertandingan memancing puyu di kampung. Oleh kerana tak pandai memancing, apa kata pergi tengok sahaja orang memancing. Sekadar memberi sokongan kerana aktiviti di kampung yang jarang diadakan. Dekat sangat jalan kaki pun boleh sampai.

Oleh disebabkan tak nak masak dan gantung kuali. Jadinya tempahlah 10 bungkus nasi kerabu.

Solok lada sedap sangat dan jarang dapat di pasar malam. 

Rajin penjual bungkus, banyak juga yang harus dibungkus asing.

Sahabat adik pun teringin nak makan lagi. Katanya jika nak tempah lagi, beritahu padanya. Bukan senang nak dapat nasi kerabu seperti ini. RM7 sahaja satu bungkus. Kena tempah minimum 10 bungkus. Jadi saya tempah 10 bungkus sahajalah. Nak masak sendiri memang tak pandailah.

Tempah dengan adik ipar rakan sekerja yang tinggal di Titi Serong. Adik iparnya memang orang Kelantan. Insya Allah ada rezeki nak tempah dan buat makan-makan lagi walaupun hanya nasi kerabu.

Menggantung Kad Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini ambil cuti kerana menghabiskan cuti tahunan pada tahun lepas. Lega sangat dapat berehat dan meluangkan masa menulis blog. Nak ambil mood untuk menulis bukannya mudah tetapi dipaksa.

Aktiviti menggantung kad hari raya semasa zaman sekolah dahulu. Sebelum ianya dibuang lebih baik dipamerkan sehingga betul-betul buruk.

Banyak juga kad hari raya yang dikumpul. Setiap hari tunggu posmen di halaman rumah. Posmen pun bukan main laju bawa motor. Indahnya zaman dahulu kala kerana semua ahli keluarga ada. Apa yang tiada adalah kemewahan tetapi penuh kasih sayang.

Makan telur dengan ikan kering pun sudah cukup nikmat. Semuanya kerana air tangan mak. Kadang merungut juga bila mak asyik masak ikan puyu dan gulai sahaja. Biasalah kanak-kanak nak makanan yang sedap terutama ayam. Bila sudah matang baru rasa bersyukur akan nikmat itu.

Kad hari raya adalah memori bersama kawan-kawan di sekolah dan juga keluarga. Saya dengan kakak-kakak asyik tertunggu sahaja posmen. Kakak tanya, posmen lalu tak lagi? Jika sudah lalu, tak mengapalah esok sambung tunggu pula. Kadang dapat upah kerana ambil surat daripada posmen. Gembiranya saat itu...

Kakak sibuk memasak dan saya pula tunggu posmen sambil bermain. Ada juga kawan yang bagi duit raya sekali tetapi seposen sahajalah. Nak gantung baru ambil duit itu. Rezeki...

Kenangan ini akan dilepas seiiring dengan peningkatan usia agar tidak menjadi beban. Apa-apa pun ini adalah salah satu kegembiraan satu masa dulu.

Jumaat, 20 Jun 2025

Ole-ole dari Sabah

Assalamualaikum semua... Ole-ole dari Sabah. Dapat key chain kayu. Alhamdulillah...

Terima Cindy kerana sudi memberi ole- oleh ini sebagai tanda ingatan. Tak tahu pun dia nak ke Sabah, tapi ambil cuti dua hari.

Alhamdulillah bertambah koleksi key chain. Nanti nak tengok semula koleksi lama yang disimpan.

Ahad, 15 Jun 2025

Entri Pasal Makan 2025 Bahagian 2

 Assalamualaikum semua. Bahagian kedua untuk entri ini. Mari kita sama-sama lihat ada berapa bahagian semuanya.. hahaha..

Mee kari ke ni? Tuan badan yang makan pun dah confius. Tengok sendirilah yer :)

Nasi kenduri di Tapah. Ada ikan keli dan ayam goreng berempah.  Suka menu ini :)

Bubur pulut hitam dengan durian sejuk beku dalam peti ais. Buat sebab nak habiskan pulut hitam, lama-lama risau rosak.

Apakah itu? Cuba teka.. Krim kek.. Tak sanggup nak makan, tebal sangat. Kek tunang abang.

Proses menggoreng kerepek pisang berangan. Info terkini, sekarang ada setandan pisang berangan yang belum masak. Nampaknya jika sempat, minggu depan kena buat kerepeklah...

Char kuew tiaw dinikmati bersama ABC, best sangat. Sekarang ini cuba untuk kawal pengambilan gula, jadi kena sabarlah dengan minuman manis..

Nugget dan juga kentang goreng. Itupun nak ambil gambar..huhuhu...

Ikan sardin kecik-kecik @ haluih orang Kedah cakap. Nak bersiang bukan main penat. Nak buat laksa punya pasal di hari raya. Alhamdulillah.. ada periuk Noxxa, memudahkan kerja sikit :)

Nasi lemak abah beli, seperti biasa pasti akan dikidnap :)

Salah satu menu bekal di tempat kerja. Sesungguhnya suatu hari nanti pasti merindui saat ini :)

Entri Pasal Makan 2025 Bahagian 1

 Assalamualaikum dan selamat malam semua. Tujuan entri ini adalah untuk clearkan gambar di handphone. Itulah ambil gambar banyak-banyak sampai sendiri tengok pun dah rimas. Semua gambar ada cerita tapi dah lupa ceritanya.. hahaha.. begitulah kehidupan...

Menu pertama ialah nasi lemak udang. Abah selalu beli waktu pagi. Selalunya saya akan kidnap nasi lemak ini bawa ke tempat kerja untuk makan. Kalau tak kidnap risau sampai ke petang masih ada lagi dan basi..

Barulah nampak udangnya. Adalah 3 ekor sahaja, nasi lemak kampung. Alhamdulillah...

Mee dan kuew tiaw goreng pasar malam Sungai Baharu. Pasar malam di kampung saya. Menjelang Maghrib tutup. Suka minta campur mee dengan kuew tiaw baru best :)

Murtabak pasar malam Sungai Baharu juga. Adik memang suka sangat murtabak. 

Pasembor pasar malam Sungai Baharu. Banyak membeli pada hari itu kerana adik ada. Kalau kami berdua, beli seorang satu sahaja.

Ini masa menjelang raya, kena siapkan bahan mentah untuk dimasak. Seronok ada banyak binatang adik cakap.. hahaha.. Alhamdulillah...

Maruku air tangan sendiri. Seronok orang sebelah kata sedap. Makan ditempat kerja..

Kuew tiaw sup adik buat. Rajin dia buat begedil sekali.

Cucur bancuh dengan air panas. Resipi dari Tiktok. 

Inilah antara salah satu menu bekal ditempat kerja. Makan nasi dengan ayam goreng dan sos. Alhamdulillah.. Itupun adik yang masak...

Buat Pizza dengan Adik Bongsu

 Assalamualaikum dan selamat malam semua. Cerita 25 Januari 2025 yang lalu. Buat pizza bersama adik bongsu. Nak bawa bekal berkelah pagi-pagi di Ban Pecah bersama best friend.

Rajin adikku tolong letak sos, sosej dan cheese. Terima kasih sangat :)

Ada orang tolong bolehlah rehat sikit...

Letak banyak-banyak cheese baru puas makan...

Lupa nak ambil gambar pizza yang telah masak. Sahabat kata lama tak makan pizza sejak boikot. Jadilah.. dapat juga menikmati pizza homemade.

500 gram tepung dapat 5 loyang. Puas sangat makan :)

Mana Satu Produk Himalaya Original?

 
Produk kiri beli di Watson, yang di kanan beli di Shopee.
Banyak sangat perbezaanya. Bau pun lain..